Sabtu, Mac 26, 2011

BEKALAN MUKMIN SEPANJANG TAHUN: PUASA SUNAT

Pada Amalan Sunat ada Kekuatan
Hari ni kita di Malaysia terlalu mewah dengan makanan. Kesenangan hidup dalam segala serba-serbinya hinggakan kita tidak pernah merasai betapa peritnya kehidupan. Anak-anak era teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan ni, semua yg dikehendaki berada di hujung jari je, bahkan nak pesan makanan pun main klik je. Rasanya di zaman ini dah takda yang makan nasi dan garam berbeza zaman tok nenek kita dulu. ALHAMDULILLAH begitu mudahnya hidup kan.. makin hidup senang makin lalai pada Pencipta pulak, lalai dengan hiburan dan maklumat yang tersaji di depan mata hingga begitu mudah minda dan iman kita dikuasai dan dipesongkan.. Maka mari kita membina jatidiri muslim dengan membanyakkan ibadah sunat. Bila kita banyak bersama ALLAH, banyak ingat ALLAH maka tidak ada ruang benda lain mencuri masa kita, membentuk pemikiran kita.

Puasa Sunat Vs Puasa Wajib
Rasa-rasanya antara puasa sunat dan puasa di bulan wajib di Ramadhan mana yang lebih mencabar? Pendapat saya puasa sunat lebih mancabar. Ia perlu dorongan dalaman yang lebih kuat, cabaran lebih banyak. Makanan sentiasa berada depan mata siang dan malam, takda suasana orang puasa, bila-bila masa saja boleh buka, kalau tak kuat iman rasa nak bantai ja ayam goreng KFC tu. Kalau puasa wajib pula mudah sebab semua kedai makan tutup takda tarikan nak suruh buka, suasana puasa yang hidup, semua pakat puasa, kita jadi termotivasi walaupun sebulan takleh makan waktu siang, tetap boleh bertahan.. Begitu hebat puasa sunat, orang yang mampu melakukannya dengan cabaran yang pelbagai sudah tentu ALLAH akan beri kekuatan lebih pada dia. Di saat orang lain tengah menjamah sarapan dan makan tengahari yg sedap dan lazat tu, dia pula terpaksa menahan perut kerana ALLAH. Walaubagaimanapun masing-masing ibadah, punya keistimewaan disisi ALLAH, dua-duanya bermatlamatkan mendekatkan diri pada ALLAH.

Hari-hari yang disunatkan berpuasa
  1. Puasa sunat Bulan Muharram pada hari Asyura (10 Muharram)
  2. Puasa bulan Rejab
  3. Puasa bulan Sya'ban i5 hari yg pertama
  4. Puasa enam hari di bulan Syawal kecuali pada 1 Syawal
  5. Puasa Bulan Zulhijjah pada hari Arafah (9 Zulhijjah) - ini digalakkan kepada mereka yg tak tunaikan ibadah haji
  6. Puasa Isnin dan Khamis
  7. Puasa setiap bulan, pada permulaan, pertengahan (13,14&15 haribulan) dan akhir bulan hijrah
Hari-hari diharamkan berpuasa
Ada juga hari-hari yg diharamkan berpuasa, begitu indahnya Islam dan begitu sayangnya ALLAH pada hambanya.. Hari yang diharamkan biasanya pada hari perayaan umat ISLAM, saat tu ALLAH nak kita bergembira dan meraihkan kemenangan dan menzahirkan kesyukuran kepadaNYA. Adapun hari2 yg diharamkan tu ialah..
  1. 1 Syawal (Hari raya Aidil Fitri)
  2. 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha)
  3. Hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
  4. Hari Syak (30 Sya'ban
Hari-Hari dimakruhkan berpuasa
Hari dimakruhkan berpuasa pula jika boleh memudaratkan diri contoh puasa sepanjang tahun atau amalan itu menyamai orang Yahudi dan Nasrani berpuasa. Apapun kalau nak beramal mesti ikut dari sumber yg sahih bukan min ikut je. Hari2 makruh puasa ialah:
  1. Puasa hari Arafah bagi orang-orang yg berwukuf
  2. Puasa hari jumaat tanpa diiringi pada hari sebelum atau sesudahnya
  3. Puasa hari Sabtu
  4. Puasa akhir bulan Sya'ban (Ha..masa ni baru terkejar-kejar qhada puasa)
  5. Puasa setahun tanpa berbuka (ini memudharatkan diri, biarlah bersederhana)

Mari kita pakat ramai-ramai hidupkan hari kita dengan puasa sunat moga ia memberi kekuatan dan ketahanan diri dari godaan nafsu. Jgn pulak bila hari puasa nampak lembik, maklumlah tengah posa.. sepatutnya makin hebat, kuat dan bertenaga. Peringatan untuk diriku jugak.. Kalau kita tinjau2 sirah Nabi dan para sahabat kebanyakan perang dalam bulan Ramadhan. Perang Badar misalnya berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah, tentera Islam boleh menang walaupun dalam jumlah yg sedikit 313 orang melawan 1000 tentera musyrikin Mekah.. Hebatkan mereka? Mungkin untuk latihan yg pertama cuba posa sehari dalam seminggu misalnya hari isnin atau khamis je. InsyaALLAH lama-lama akan biasa. Alah bisa tegal biasa

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~