Jumaat, April 16, 2010

WASIAT UNTUK KAUM MUDA

WAHAI PEMUDA...
Sesungguhnya sebuah pemikiran cemerlang itu akan berhasil diwujudkan sepanjang keyakinan kita teguh kepada-NYA, ikhlas dalam berjuang di jalan-NYA, penuh himmah dan siap berkorban untuk merealisasikannya. Dalam berjuang di jalan ALLAH, diperlukan empat syarat utama sebagai faktor penunjang, iaitu IMAN, IKHLAS, TEKAD YANG KUAT DAN STRATEGI YANG MATANG.

IMAN menjadi syarat mutlak. Ketinggian iman melahirkan hati yang jernih. Pilar-pilar keimanan terletak pada KEIKHLASAN hati seorang muslim yang mukhlis. Dasar keimanan itu sendiri adalah cerminan nurani yang bercahaya, sedangkan dasar keikhlasan itu terletak pada kuatnya tekad dan hati yang bertaqwa.

HIMMAH atau tekad yang kuat jika didukung dengan PELAKSANAAN YANG BAIK, dapat mewujudkan cita-cita yang luhur. Himmah tersebut asasnya terletak pada semangat yang menggelora. Semua syarat tersebut sangat mungkin dijalankan oleh para pemuda. Sejak dulu hingga kini, peranan pemuda berada pada posisi yang terpenting. Di pundak merekalah segala tumpuan perjuangan umat ini dilimpahkan. Mereka adalah generasi yang akan mengibarkan dan meninggikan panji-panji perjuangan serta membangkitkan semangat yang menyala-nyala. Yang demikian itu merupakan nilai dan kelebihan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapapun, kecuali oleh kaum muda. Sepanjang perjalanan sejarah, pemuda dikenal sebagai pilar kebangkitan

Peranan pemuda berada pada sendi-sendi kekuatan, kebangkitan dan pemikiran (fikrah). Dalam dunia fikrah, pemuda berperanan sebagai pengibar panji-panjiNYA. ALLAH berfirman yang bermaksud:

"Mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka
dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk."
(Surah Al-Kahfi, 18:13)

Bila keempat syarat tersebut dimiliki oleh generasi islam, diharapkan amanah suci yang dilimpahkan kepada mereka dapat dilaksanakan dengan baik. Islam telah mengembankan misi suci ini kepada mereka maka sebaiknya mereka tidak menyia-nyiakan ksempatan emas ini. Kalau hal bodoh itu dilakukan, bererti mereka terjatuh ke jurang penkhianatan. Tidak sepantasnya seorang pemuda muslim berlaku demikian.

Wahai para pemuda, sesungguhnya kewajipan kalian begitu banyak. Tanggungjawab kalianpun sangat besar. Di hadapan kalian terbentang berbagai problematika krusial umat yang begitu peliknya. Kewajipan kalian adalah menunaikan dan menyelasaikannya dengan sebaik-baiknya.

Dipetik dari:
Hassan Al-Banna. 2002. Figur Pemuda Islam. Cahaya Press, Jakarta

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Selasa, April 13, 2010

KATA-KATA ITU


Kata-kata itu
Lahir dari seorang ustaz
Tersusun kemas dan teratur
Bicara jiwanya
Tentang iman, islam, dakwah dan jihad

Kata-kata itu
Membasuh jiwa resah seorang aku
Yang tersungkur di kaki kealpaan
Meneruskan jalan tarbiyyah yang panjang
Dihiasi mehnah dan perjuangan

Kata-kata itu
Penyegar jiwa yang layu
Teman di perjalanan yang jauh
Penyelamat dalam perjalanan
Hujah di hari kemudian

Kata-kata itu
Di penghujungnya ada sendu
Di akhirnya ada anjuran
Serulah dirimu
Serulah umat ini
Kepangkuan Rabb..

Nukilan: Nina Susana, Pengkalan Balak, Melaka

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Rabu, Januari 06, 2010

MENJADI UMAT SUPER


Seorang muslim yang sejati, muslim yang sebenar di sisi ALLAH adalah seorang yang menjadikan seluruh aspek kehidupannya adalah ibadah dan taat kepada ALLAH semata. Menurut Dr. Daniel Zainal Abidin dalam bukunya MENJADI UMAT SUPER, seorang muslim yang benar ibadah dan ketaatannya akan membawa kepada keperibadian yang unggul. Berikut adalah beberapa ciri yang sepatutnya lahir dari seorang muslim yang benar-benar merasai ujud dirinya hanya ibadah kepada ALLAH. Jika ciri ini belum lagi wujud dalam diri kita, sama-sama kita berusaha menjadikan diri kita menjadi peribadi unggul di sisi ALLAH. Islam amat berhajat kepada umat seperti ini, peribadi-peribadi inilah yang akan membela dan mengangkat tinggi martabat ISLAM di mata dunia.

Kesan Ibadah Dalam kehidupan Seorang Muslim
  1. Syahadah melahirkan umat yang mempunyai misi
  2. Ibadah melahirkan pengurus masa yang baik
  3. Ibadah melahirkan insan yang efisien dan efektif
  4. Ibadah melonjakkan akal dan ilmu
  5. Ibadah melahirkan tokoh yang terang hatinya
  6. Ibadah meransang pengukuhan ekonomi
  7. Ibadah melonjakkan ISO kualiti
  8. Ibadah melahirkan umat yang sihat
  9. Ibadah melahirkan umat yang tahu keutamaan
  10. Ibadah mendekatkan diri kepada ALLAH
  11. Ibadah melahirkan pemimpin-pemimpin masyarakat
  12. Ibadah melonjakkan globalisasi aqidah dan taqwa
Sesungguhnya ibadah yang didorong dengan niat dan kefahaman yang benar akan melahirkan umat super yang hebat, umat yang seimbang kehidupannya. Sumber kekuatan ruhi, akal, jasad dan akhlak yang diproses dengan cara yang betul akan melahirkan umat super harapan ISLAM yang seperti ini. Kalau menjadi manusia hebat setakat di dunia tapi tanpa iman dan taqwa, ibarat jadi bangkai bernyawa, tak ada nilai di sisi ALLAH akhirnya nilainya hanya jadi bahan bakar api neraka. Sia-sia hidupnya dan usahanya di dunia. Bagaikan debu-debu yang berterbangan, tiada nilai. Jadi tanamkan azam, setkan matlamat: MARI KITA MENJADI UMAT DAN HAMBA YANG SUPER DI SISI ALLAH.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, November 19, 2009

HARAPAN SI PERMATA CEMERLANG

Akulah permata hati ibuku
Akulan buah cinta ayahku
Akulah permata kebanggaan ibu ayahku
Akulah permata harapan sekolahku.

Aku ingin jadi permata cemerlang penyejuk hati ayah ibuku
Aku ingin jadi permata cemerlang kebanggaan sekolahku
Aku bukan sahaja ingin jadi permata cemerlang di dunia
Aku juga ingin jadi permata cemerlang di akhirat
Lebih-lebih lagi…
Aku ingin jadi permata cemerlang di sisi ALLAH.

Kerna ku tahu...
Aku bukan sahaja permata harapan ayah ibuku
Aku bukan sahaja permata harapan sekolahku
Tetapi yang lebih penting bagiku
Aku juga permata harapan ummat
Aku juga permata harapan agama
Aku juga permata harapan bangsa dan negara
Apatah lagi akulah permata harapan ALLAH
Akulah hamba !
Akulah khalifah!

Aku bukan sahaja ingin hebat seperti
Albert Einstein dengan kisah atomnya
Isaac Newton dengan penemuan gravitinya
Leonardo da Vinci dengan karya Monalisanya
Thomas Edison dengan lampu mentolnya
Colonel Sanders dengan resepi KFCnya
JK Rowling dengan Harry Potternya
Bill Gates dengan Microsoftnya
Atau seperti …
Dr. Mahathir dengan Putrajayanya
Pak Lah dengan Islam Hadharinya
Ataupun Najib dengan One Malaysianya.

Tetapi…
Aku ingin lebih hebat lagi seperti
Rasulullah saw manusia pilihan ALLAH
Umar Al-Khattab pemimpin tegas berhati mulia
Imam Bukhari yang soleh dan tawadhuk
Salahuddin Al-Ayubi si penakluk Baitul Maqdis
Sultan Muhammad Al-Fatih si Penakluk Kota Konstantinopel
Ataupun seperti…
Imam Asy-Syafi’I yang bijak dan hebat hafazannya
Al-Khawarizmi dengan Al-Jebranya
Al-Banna dengan dakwah dan tarbiyahnya
Al-Qaradhawi dengan keluasan ilmunya.

Wahai ayah ibuku tercinta
Didiklah kami jadi permata cemerlang
Wahai guru-guru kami yang mencurah jasa tak kira masa
Bimbinglah kami jadi permata cemerlang
Wahai saudara seiman kami
Bantulah kami jadi permata cemerlang
Bukan sahaja cemerlang di sekolah
Bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya
Bukan sahaja cemerlang di dunia
Lebih-lebih lagi …
Kami ingin cemerlang di akhirat
Kami ingin cemerlang di sisi ALLAH
Agar kelak…
Bisa kami warisi jannah!

Kami bukan sahaja ingin jadi putera-puteri dunia
Kami juga ingin jadi putera-puteri akhirat…


Sajak dedikasi untuk anak-anak didikku
Di Transit Permata Cemerlang.

Selamat bercuti.. Taatlah Allah di mana sahaja anda berada.



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Isnin, November 09, 2009

12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN


Golongan Ibadurrahman merupakan hamba pilihan ALLAH yang selalu mendapat rahmat ALLAH SWT. Ciri-ciri mereka di sebutkan oleh ALLAH dalam surah Al-Furqan :63-77. Mereka inilah yang sepatutnya kita contohi dan sifat-sifat inilah yang sewajarnya sedaya upaya kita terapkan dalam kehidupan kita. Agar kehidupan kita di dunia yang seketika ini tidak merugikan kita dan menjadi bekalan bermanfaat di akhirat kelak. JADILAH HAMBA IBADURRAHMAN BUKAN IBADUSY-SYAITAN!
  1. TAWADHUK
  2. MURAH HATI
  3. MENDIRIKAN SOLAT MALAM
  4. TAKUT NERAKA
  5. SEDERHANA DALAM MEMBELANJAKAN HARTA
  6. BERTAUHID
  7. MENJAUHI MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI KEHIDUPAN
  8. MENJAUHI ZINA
  9. TAUBAT NASUHA
  10. TIDAK BERSUMPAH PALSU DAN MENINGGALKAN PERBUATAN YANG TIDAK BERMANFAAT
  11. MENYELAMI AYAT-AYAT ALLAH
  12. MEMOHON KEBAIKAN ISTERI DAN KELUARGA
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, November 05, 2009

Pelajar Muslim Contoh

  1. Membetulkan niatnya belajar kerana ALLAH
  2. Membetulkan pandangannya kepada pelajaran
  3. Pandai memilih kawan
  4. Pandai memilih majalah-majalah untuk merehatkan fikiran
  5. Memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran
  6. Semua urusan teratur rapi
  7. Menyusun masa dengan baik
  8. Membiasakan diri dengan kebersihan
  9. Mengutamakan menerima pelajaran terus daripada guru
  10. Tahu bahawa kebanyakan pelajaran ada hubungan diantara satu sama lain
  11. Membuat ringkasan bagi setiap topik dan isi pokok yang dipelajari
  12. Berusaha supaya dapat menguasai pelajaran dan memdapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mengatasi pelajar lain
  13. Mencungkil bakatnya dalam bidang yang boleh memberi manfaat untuk Islam
  14. Sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan
  15. Bagi pelajar muslimah, menjaga sifat kewanitaan dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~