Khamis, November 19, 2009

HARAPAN SI PERMATA CEMERLANG

Akulah permata hati ibuku
Akulan buah cinta ayahku
Akulah permata kebanggaan ibu ayahku
Akulah permata harapan sekolahku.

Aku ingin jadi permata cemerlang penyejuk hati ayah ibuku
Aku ingin jadi permata cemerlang kebanggaan sekolahku
Aku bukan sahaja ingin jadi permata cemerlang di dunia
Aku juga ingin jadi permata cemerlang di akhirat
Lebih-lebih lagi…
Aku ingin jadi permata cemerlang di sisi ALLAH.

Kerna ku tahu...
Aku bukan sahaja permata harapan ayah ibuku
Aku bukan sahaja permata harapan sekolahku
Tetapi yang lebih penting bagiku
Aku juga permata harapan ummat
Aku juga permata harapan agama
Aku juga permata harapan bangsa dan negara
Apatah lagi akulah permata harapan ALLAH
Akulah hamba !
Akulah khalifah!

Aku bukan sahaja ingin hebat seperti
Albert Einstein dengan kisah atomnya
Isaac Newton dengan penemuan gravitinya
Leonardo da Vinci dengan karya Monalisanya
Thomas Edison dengan lampu mentolnya
Colonel Sanders dengan resepi KFCnya
JK Rowling dengan Harry Potternya
Bill Gates dengan Microsoftnya
Atau seperti …
Dr. Mahathir dengan Putrajayanya
Pak Lah dengan Islam Hadharinya
Ataupun Najib dengan One Malaysianya.

Tetapi…
Aku ingin lebih hebat lagi seperti
Rasulullah saw manusia pilihan ALLAH
Umar Al-Khattab pemimpin tegas berhati mulia
Imam Bukhari yang soleh dan tawadhuk
Salahuddin Al-Ayubi si penakluk Baitul Maqdis
Sultan Muhammad Al-Fatih si Penakluk Kota Konstantinopel
Ataupun seperti…
Imam Asy-Syafi’I yang bijak dan hebat hafazannya
Al-Khawarizmi dengan Al-Jebranya
Al-Banna dengan dakwah dan tarbiyahnya
Al-Qaradhawi dengan keluasan ilmunya.

Wahai ayah ibuku tercinta
Didiklah kami jadi permata cemerlang
Wahai guru-guru kami yang mencurah jasa tak kira masa
Bimbinglah kami jadi permata cemerlang
Wahai saudara seiman kami
Bantulah kami jadi permata cemerlang
Bukan sahaja cemerlang di sekolah
Bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya
Bukan sahaja cemerlang di dunia
Lebih-lebih lagi …
Kami ingin cemerlang di akhirat
Kami ingin cemerlang di sisi ALLAH
Agar kelak…
Bisa kami warisi jannah!

Kami bukan sahaja ingin jadi putera-puteri dunia
Kami juga ingin jadi putera-puteri akhirat…


Sajak dedikasi untuk anak-anak didikku
Di Transit Permata Cemerlang.

Selamat bercuti.. Taatlah Allah di mana sahaja anda berada.



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Isnin, November 09, 2009

12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN


Golongan Ibadurrahman merupakan hamba pilihan ALLAH yang selalu mendapat rahmat ALLAH SWT. Ciri-ciri mereka di sebutkan oleh ALLAH dalam surah Al-Furqan :63-77. Mereka inilah yang sepatutnya kita contohi dan sifat-sifat inilah yang sewajarnya sedaya upaya kita terapkan dalam kehidupan kita. Agar kehidupan kita di dunia yang seketika ini tidak merugikan kita dan menjadi bekalan bermanfaat di akhirat kelak. JADILAH HAMBA IBADURRAHMAN BUKAN IBADUSY-SYAITAN!
  1. TAWADHUK
  2. MURAH HATI
  3. MENDIRIKAN SOLAT MALAM
  4. TAKUT NERAKA
  5. SEDERHANA DALAM MEMBELANJAKAN HARTA
  6. BERTAUHID
  7. MENJAUHI MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI KEHIDUPAN
  8. MENJAUHI ZINA
  9. TAUBAT NASUHA
  10. TIDAK BERSUMPAH PALSU DAN MENINGGALKAN PERBUATAN YANG TIDAK BERMANFAAT
  11. MENYELAMI AYAT-AYAT ALLAH
  12. MEMOHON KEBAIKAN ISTERI DAN KELUARGA
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, November 05, 2009

Pelajar Muslim Contoh

  1. Membetulkan niatnya belajar kerana ALLAH
  2. Membetulkan pandangannya kepada pelajaran
  3. Pandai memilih kawan
  4. Pandai memilih majalah-majalah untuk merehatkan fikiran
  5. Memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran
  6. Semua urusan teratur rapi
  7. Menyusun masa dengan baik
  8. Membiasakan diri dengan kebersihan
  9. Mengutamakan menerima pelajaran terus daripada guru
  10. Tahu bahawa kebanyakan pelajaran ada hubungan diantara satu sama lain
  11. Membuat ringkasan bagi setiap topik dan isi pokok yang dipelajari
  12. Berusaha supaya dapat menguasai pelajaran dan memdapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mengatasi pelajar lain
  13. Mencungkil bakatnya dalam bidang yang boleh memberi manfaat untuk Islam
  14. Sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan
  15. Bagi pelajar muslimah, menjaga sifat kewanitaan dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~