Khamis, November 19, 2009

HARAPAN SI PERMATA CEMERLANG

Akulah permata hati ibuku
Akulan buah cinta ayahku
Akulah permata kebanggaan ibu ayahku
Akulah permata harapan sekolahku.

Aku ingin jadi permata cemerlang penyejuk hati ayah ibuku
Aku ingin jadi permata cemerlang kebanggaan sekolahku
Aku bukan sahaja ingin jadi permata cemerlang di dunia
Aku juga ingin jadi permata cemerlang di akhirat
Lebih-lebih lagi…
Aku ingin jadi permata cemerlang di sisi ALLAH.

Kerna ku tahu...
Aku bukan sahaja permata harapan ayah ibuku
Aku bukan sahaja permata harapan sekolahku
Tetapi yang lebih penting bagiku
Aku juga permata harapan ummat
Aku juga permata harapan agama
Aku juga permata harapan bangsa dan negara
Apatah lagi akulah permata harapan ALLAH
Akulah hamba !
Akulah khalifah!

Aku bukan sahaja ingin hebat seperti
Albert Einstein dengan kisah atomnya
Isaac Newton dengan penemuan gravitinya
Leonardo da Vinci dengan karya Monalisanya
Thomas Edison dengan lampu mentolnya
Colonel Sanders dengan resepi KFCnya
JK Rowling dengan Harry Potternya
Bill Gates dengan Microsoftnya
Atau seperti …
Dr. Mahathir dengan Putrajayanya
Pak Lah dengan Islam Hadharinya
Ataupun Najib dengan One Malaysianya.

Tetapi…
Aku ingin lebih hebat lagi seperti
Rasulullah saw manusia pilihan ALLAH
Umar Al-Khattab pemimpin tegas berhati mulia
Imam Bukhari yang soleh dan tawadhuk
Salahuddin Al-Ayubi si penakluk Baitul Maqdis
Sultan Muhammad Al-Fatih si Penakluk Kota Konstantinopel
Ataupun seperti…
Imam Asy-Syafi’I yang bijak dan hebat hafazannya
Al-Khawarizmi dengan Al-Jebranya
Al-Banna dengan dakwah dan tarbiyahnya
Al-Qaradhawi dengan keluasan ilmunya.

Wahai ayah ibuku tercinta
Didiklah kami jadi permata cemerlang
Wahai guru-guru kami yang mencurah jasa tak kira masa
Bimbinglah kami jadi permata cemerlang
Wahai saudara seiman kami
Bantulah kami jadi permata cemerlang
Bukan sahaja cemerlang di sekolah
Bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya
Bukan sahaja cemerlang di dunia
Lebih-lebih lagi …
Kami ingin cemerlang di akhirat
Kami ingin cemerlang di sisi ALLAH
Agar kelak…
Bisa kami warisi jannah!

Kami bukan sahaja ingin jadi putera-puteri dunia
Kami juga ingin jadi putera-puteri akhirat…


Sajak dedikasi untuk anak-anak didikku
Di Transit Permata Cemerlang.

Selamat bercuti.. Taatlah Allah di mana sahaja anda berada.



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Isnin, November 09, 2009

12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN


Golongan Ibadurrahman merupakan hamba pilihan ALLAH yang selalu mendapat rahmat ALLAH SWT. Ciri-ciri mereka di sebutkan oleh ALLAH dalam surah Al-Furqan :63-77. Mereka inilah yang sepatutnya kita contohi dan sifat-sifat inilah yang sewajarnya sedaya upaya kita terapkan dalam kehidupan kita. Agar kehidupan kita di dunia yang seketika ini tidak merugikan kita dan menjadi bekalan bermanfaat di akhirat kelak. JADILAH HAMBA IBADURRAHMAN BUKAN IBADUSY-SYAITAN!
  1. TAWADHUK
  2. MURAH HATI
  3. MENDIRIKAN SOLAT MALAM
  4. TAKUT NERAKA
  5. SEDERHANA DALAM MEMBELANJAKAN HARTA
  6. BERTAUHID
  7. MENJAUHI MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI KEHIDUPAN
  8. MENJAUHI ZINA
  9. TAUBAT NASUHA
  10. TIDAK BERSUMPAH PALSU DAN MENINGGALKAN PERBUATAN YANG TIDAK BERMANFAAT
  11. MENYELAMI AYAT-AYAT ALLAH
  12. MEMOHON KEBAIKAN ISTERI DAN KELUARGA
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, November 05, 2009

Pelajar Muslim Contoh

  1. Membetulkan niatnya belajar kerana ALLAH
  2. Membetulkan pandangannya kepada pelajaran
  3. Pandai memilih kawan
  4. Pandai memilih majalah-majalah untuk merehatkan fikiran
  5. Memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran
  6. Semua urusan teratur rapi
  7. Menyusun masa dengan baik
  8. Membiasakan diri dengan kebersihan
  9. Mengutamakan menerima pelajaran terus daripada guru
  10. Tahu bahawa kebanyakan pelajaran ada hubungan diantara satu sama lain
  11. Membuat ringkasan bagi setiap topik dan isi pokok yang dipelajari
  12. Berusaha supaya dapat menguasai pelajaran dan memdapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mengatasi pelajar lain
  13. Mencungkil bakatnya dalam bidang yang boleh memberi manfaat untuk Islam
  14. Sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan
  15. Bagi pelajar muslimah, menjaga sifat kewanitaan dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Selasa, Oktober 13, 2009

CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH


Memiliki anak-anak yang soleh adalah idaman setiap ibubapa. Mereka inilah yang akan menjadi saham berharga di akhirat kelak. Justeru itu mereka perlu dididik lagi sedari kecil dengan keimanan. Jangan biarkan suasana atau media mendidik minda dan sikap mereka. Tanamkan sifat-sifat berikut dalam diri mereka agar kelak dewasa nanti mereka ini bukan sahaja jadi harapan ibubapa malah mereka inilah menjadi harapan ummah dan harapan Islam.

1. Taat ALLAH

2. Taat Rasulullah saw.

3. Taat Ibubapa

4. Rajin menuntut ilmu

5. Jaga adab dan akhlak

6. Bijak urus masa

7. Bersih dan kemas


~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Rabu, Oktober 07, 2009

KAUM MUDA DAN KEWAJIPANNYA

Untuk mu para pemuda-pemudi harapan Islam..

Usia muda tidak sepatutnya dihambur-hamburkan begitu sahaja. Ia bukan diisi dengan perkara lalai dan maksiat. Kaum muda perlu ingat kematian tidak mengenal usia. Orang mudapun boleh Allah cabut nyawanya kalau sudah tiba masanya. Beringat-ingatlah selalu. Usia muda sepatutnya diisi dengan prestasi yang bernilai di sisi Allah. Bukannya prestasi yang membawa lalai atau prestasi yang mengundang dosa ataupun prestasi yang tiada manfaat pada umat. Berikut adalah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada para pemuda yang saya petik dari buku HINGGA DIMENGERTI GENERASI MUDA hasil tulisan Abdullah Nasih Ulwan.

Kaum Muda dan Kewjipannya

  1. Iman yang teguh dan tak tergoyahkan
  2. Keikhlasan yang benar, bukan kepura-puraan dan riak
  3. Kemahuan yang kuat, tak kenal takut dan gentar
  4. Kerja keras dan tak kenal lelah
  5. Berkorban demi mencapai kemenangan atau mati syahid
Wahai kaum muda...
Kamu tidak akan sampai kepada kemenangan kecuali dengan iman dan taqwa, pertolongan ALLAH secara rahsia dan terang-terangan, membetulkan niat, menjaga diri dari maksiat, menjauhi dosa, kesenagan hawa nafsu dan fitnah kehidupan dunia.

Bila kamu dapat menundukkan hawa nafsu, menjauhi shahwat dan kelazatan, menjadikan ALLAH sebagai tujuan, syariatNYA yang baik sebagai petunjuk hidup, bimbingan kepada perbuatan baik maka pada saat itulah kamu mendapat jaminan dan pertolongan ALLAH, kemenangan yang nyata dan keunggulan atas musuh ALLAH dan musuh agama.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Oktober 04, 2009

SELAMAT DATANG GRADUAN TAQWA

SELAMAT DATANG MANUSIA BARU
SELAMAT DATANG GRADUAN TAQWA



SALAM AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

RAIHKAN KEMENANGAN DENGAN

KETAATAN DAN KESYUKURAN..

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Jumaat, September 11, 2009

PERHEBATKAN IBADAH DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Assalamu'alaikum. Salam Lailatul Qadar... Bahan berikut saya ambil dari koleksi artikel I LUV ISLAM.COM. Moga ia membantu kita bagaimana sepatutnya mengisi 10 malam terakhir Ramadhan yang di dalamnya ada Malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sibukkan diri kita dengan memperhebatkan ibadah di 10 malam terakhir ini, bukan sibuk dengan buat kuih raya, sibuk membeli belah, hias rumah dan baju baru hingga abaikan fasa terakhir Ramadhan ini iaitu pembebasan dari api neraka. Sibukkan munajat kepada ALLAH moga tertingkat taqwa, tertingkat ilmu, diterima amal, diampun dosa, dijauhi dari api neraka.. SELAMAT MEMBURU MALAM AL-QADR!
TIPS 10 MALAM TERAKHIR
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).
Pernah di malam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1430H/2009M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,
“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Qadr 97: 1-5)
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Jumaat, September 04, 2009

PUASAKAN ANGGOTA ANDA.


Assalamu'alaikum kepada pengunjung yang dihormati..

Hari ni adalah hari ke 15 kita berpuasa. Saya nak berkongsi tentang bagaimana nak 'mempuasakan' anggota kita yang sentiasa terdedah kepada lalai dan dosa. Rasanya masih belum terlambat untuk kita memperbaiki kualiti puasa kita. orang beriman itu adalah seorang yang dinamik, sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri dan tidak pernah berputus asa walaupun sehebat mana ujian yang dilaluinya.

Menurut Imam Al-Ghazali untuk mencapai martabat tingkatan puasa khusus iaitu puasa anggota, enam perkara yang seharusnya dijaga dan diperhatikan keadaannya. Ia adalah puasa orang soleh yang menahan diri dari berbagai dosa.

1. MENAHAN PANDANGAN daripada melihat dengan bebas perkara yang haram dan makruh dan perkara yang melalaikan hati dari mengingati ALLAH. Juga menahan mata dari membaca dan menonton bahan-bahan yang melalaikan bahkan yang boleh membawa kepada dosa.

2. MENJAGA LIDAH daripada bercakap kosong, dusta, mengumpat, menghasut, lucah, keras dan bertengkar. Sebaliknya jadikan lidah lebih bayak diam, berzikir, membaca Al-Qur'an.

3. MENAHAN PENDENGARAN daripada mendengar perkara yang buruk dan melalaikan. Pendengaran yang melalaikan akan melalaikan dari ingat ALLAH. Dengarlah bacaan Al-Qur'an ataupun kuliah-kuliah ilmu yang boleh memberi input kepada hati dan akal anda.

4. MENAHAN ANGGOTA-ANGGOTA BADAN. Menahan tangan dan kaki daripada melakukan kejahatan, menahan perut dari makan makanan yang shubhat dan haram ketika berpuasa.

5. TIDAK MEMAKAN MAKANAN YANG HALAL SECARA BERLEBIHAN pada saat berbuka hingga perut penuh. Makan terlalu banyak akan memberatkan diri untuk beribadah malam.

6. Selepas berbuka hendaklah HATINYA PENUH MENGHARAP supaya puasanya diterima dan TAKUT sekiranya puasa dan ibadahnya hari itu ditolak.

Selamat berjihad 'Mempuasakan anggota anda' moga jadi mata yang bertaqwa, mulut yang bertaqwa, telinga yang bertaqwa, JASAD YANG BERTAQWA.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Rabu, September 02, 2009

4 AMALAN UTAMA RAMADHAN: ST2Q

Hari ini kita telah berada di fasa kedua bulan Ramadhan. Rasanya masih belum terlambat untuk kita memperbaiki qualiti ibadah kita di bulan ini. Gunakanlah sisa masa yang berbaki ini dengan mengisi Ramadhan kita dengan amalan yang berkualiti ST2Q. Moga kita menjadi hamba yang dikasihi dan diredhaiNYA. Ini hanyalah beberapa panduan dan boleh lagi ditingkatkan dengan amalan lain seperti bersedekah, meningkatkan ilmu,menjamu orang berbuka dan sebagainya. Apakah ST2Q itu?


S - Siyam
Kalau boleh kita nak capai tingkatan puasa orang yang khusus yang boleh menahan anggota.

T - Tarawih
Solat tarawih sampai kepenghujung Ramadhan. Bukan semangat di awal-awalnya sahaja. Di malam-malam akhir yang penuh keberkatan... masjid-masjid makin lengan pula.

Q - Qur'an
Ramadhan bulan diturunkan AL-Qur'an. Banyakkan membaca dan bertadarus al-Qur'an. Interaksi dengan al-Qur'an secara benar. Agar apa yang di baca dan dilagu-lagukan jadi hidayah dan mendidik jiwa.

Q - Qiam
Hidupkan malam-malam dengan qiamullail (solat malam). Baik dengan melaksanakan solat-solat sunat(tahajud, tasbih, taubat, witir, dsb), zikir, munajat dan istighfar.

Selamat beramal. Moga tetap istiqomah hingga ke akhirnya..

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Isnin, Ogos 31, 2009

MERDEKAKAH KITA?

Hari ni, ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 52 tahun. Alhamdulillah ia berada dalam bulan Ramadhan... sekurang-kurangnya sambutannya ala islamic sikit. Bayangkanlah kalau sambutannya di luar bulan Ramadhan... Entahlah nak cakap apa. Maksiat mungkin salah satu pakej senyap yang mengiringi sambutan tersebut terutama di kalangan anak Melayu kita.

Semalam kat masjid sekitar Bdr. Baru Bangi lepas solat tarawih ada forum kemerdekaan. Malam sebelum tu kereta agak berkurangan sikit kat parking kereta tu, tapi semalam agak banyak jugak. Alhamdulillah bertambah balik bilangan jemaah. Bila lepas solat, diminta jemaah mengikuti forum kemerdekaan di bangunan yang berasingan. Saya terfikir... patutlah malam ni agak ramai banding semalam, muslimin pula siap pakai baju melayu bersampin. Rupa-rupanya ada majlis. Hai kita ni nak imarahkan masjid sebab nak sambut merdekakah atau sebab nak hidupkan Ramadhan? Nampak gayanya belum sampai lagi ke 10 malam yang kedua Ramadhan, dah ada yang agak tercicir di pertengahan jalan. Masa awal-awal Ramadhan, bukan main semangat kita, penuh saf sampai tak muat, hari ni saf dah tinggal separuh, dah ramai yang kecundang sebelum sampai ke garis penamat. beruntunglah orang-orang yang ALLAH pilih yang berjaya menamatkan perlumbaannya dengan selamatnya. Berlumba-lumba kita buat amal ketaatan di bulan yang penuh rahmat dan barokah ini.

Merdekakan diri kita dari memperturut hawa nafsu yang melalaikan, Merdekakan diri kita dari budaya yang merosakkan, Merdekakan diri kita dari fikiran materialistik dan keduniaan, Merdekakan diri kita dengan iman yang benar! Renung-renunglah diri...MERDEKAKAH KITA?

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Ogos 30, 2009

RAMADHAN: TETAMU AGUNG YANG DIRINDUI

Ramadhan bagi orang beriman adalah tetamu agung yang dinanti-nanti. Seperti orang selalu kata, kehadiranmu dinanti pemergianmu ditangisi. Bersyukur kepada ALLAH kerana ALLAH masih lagi memberi kita peluang untuk menjadi tetamu di bulan ini. Jangan lepaskan peluang keemasan yang telah ALLAH berikan ini. Perhebatkan ibadah dan amalan ketaatan. Moga-moga kita mencapai natijah taqwa seperti yang ALLAH kehendaki.

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat tiga tingkatan puasa, iaitu:
1. Puasa orang awam
Golongan ini hanya setakat menahan perut dan kemaluan dari memperturut hawa nafsu.

2. Puasa orang khusus (Puasa anggota)
Bukan sahaja menahan makan dan syahwat tapi menahan anggota dari berbagai dosa. Menjaga pendengaran, penglihatan, percakapan, kaki, tangan agar tidak melakukan perkara yang melalaikan dan mengundang dosa.

3. Puasa orang yang paling khusus (puasa hati)
Puasa hati dari berbagai keinginan yang hina dan fikiran-fikiran duniawi. Menahan hati dari segala sesuatu selain ALLAH secara total. Puasa dikira batal jika fikirkan sesuatu selain ALLAH. Ini tingkatan puasa para nabi, siddiqin dan muqorrobin (orang-orang yang didekatkan kepada ALLAH).

Mari kita semak diri kita... kita termasuk dalam golongan yang mana? Adakah masih berada dalam peringkat yang pertama. Mungkin sukar untuk kita mencapai peringkat ketiga tapi kita cuba-cubalah usahakan jadi golongan yang kedua. Cuba-cubalah puasakan anggota badan kita yang senang-senang mencari dosa tu.. Jadikanlah ia anggota yang bertaqwa selepas keluar dari tarbiyah dan tamrin Ramadhan ni. Jadi mata yang bertaqwa, jadi telinga yang bertaqwa, jadi mulut yang bertaqwa...Seluruh jasad kita bertaqwa. InsyaALLAH.. Moga ALLAH bantu kita untuk menghidupkan Tetamu Agung kita ini dengan amalan ketaatan yang dicintaiNYA. Amiin...



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Ogos 09, 2009

PERKASAKAN DIRI JADI MUSLIM MUKMIN

14 amalan yang mampu memperkasakan diri anda menjadi seoramg muslim mukmin. Bercita-citalah anda ke arahnya. Berusahalah kearahnya.. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita jika apa yang kita buat ikhlas semata-mata keranaNYA. Hidup akan lebih bermakna bila mentaati ALLAH... Hidup hanya sia-sia jika kita melalaikannya.
  1. Solat 5 waktu tepat pada waktunya dan berusahalah solat tahajjud. Bagi kaum lelaki seboleh-bolehnya cuba solat berjamaah di masjid atau surau.
  2. Sedapat-dapatnya berpuasa sunatlah pada hari isnin dan khamis.
  3. Kurangkan waktu tidur, banyakkan membaca Al-Qur'an
  4. Amanah - perhatikan dan tepati bersungguh-sungguh setiap janji anda.
  5. Bersedekahlah kepada fakir miskin.
  6. Lupakan amalan-amalan baik anda dan ingatlah dosa-dosa anda yang lalu.
  7. Pandanglah fakir miskin dari segi material dan ulama dari segi spiritual.
  8. Ikutilah perkembangan semasa umat Islam
  9. Hindarilah dari tempat-tempat maksiat, dan hindarilah dari sebarang pesta dan jangan menganjurkannya.
  10. Berpakaian menutup aurat, berpakaianlah secara sederhana.
  11. Bersukanlah
  12. Perbanyakkan mentelaah pelbagai bahan bacaan (agama, sosial, sains, politik, sejarah, satera dan seumpamanya)
  13. Pelajarilah ilmu-ilmu teknik yang diperlukan oleh umat Islam.
  14. Pelajarilah ilmu tauhid dalam bahasa arab dan perdalamkannya.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, Julai 30, 2009

DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH

ADAKAH ANDA MERANCANG UNTUK MENCARI CALON PASANGAN HIDUP? ADAKAH ANDA SEDANG MENIMBANG-NIMBANG NAK PILIH SI A, SI B ATAU SI C.
Mari kita ikuti kisah berikut. Ia juga baik untuk anda yang belum merancang apa-apa lagi. Moga membuka sedikit cakerawala pemikiran kita. SEBAB APA AKU MENIKAH? SEBAB APA AKU PILIH DIA? Kisahnya agak mengesankan, hasil karya Pak Cahyadi Takariawan seorang aktivis dakwah dari negara seberang yang banyak menulis terutama tentang siri dakwah. Dalam bukunya DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH , m.s 47, beliau menulis.... maaf bahasanya dalam bahasa Indonesia...

Menentukan pasangan hidup bukan peristiwa yang dampaknya hanya sesaat, melainkan memiliki dampak luas dan panjang sampai seumur-umur hidup, bahkan sampai urusan akhirat kita. Oleh kerana itu amat disayangkan apabila memilih calon suami atau isteri hanya semata-mata berlandaskan selera dan kesenangan peribadi, tanpa mempertimbangkan aspek-aspek lain yang lebih luas kemanfaatan dan jangkauannya. Bisa jadi ada pertimbangan tertentu yang anda tidak mengetahui sebelumnya, dan baru diketahui setelah anda bermusyawarah dengan orang-orang yang soleh di sekitar anda.

Bisa jadi semula wawasan pemikiran anda tidak terlalu luas dalam memilih calon pasangan hidup, maka dengan melakukan musyawarah dengan orang-orang yang mana dan bisa dipercaya, anda akan mendapatkan keluasan pemikiran dan pandangan. Bahkan mungkin anda merasakan diri telah menemukan pilihan yang paling tepat menurut ukuran anda, akan tetapi setelah anda musyawarahkan ternyata ada hal-hal yang menjadi catatan dan ketidaktepatan pilihan.

Pernah seorang mahasiswa datang kepada saya dan menyampaikan "kebanggaan" dirinya bahawa ia akan segera menikah dengan sesorang wanita yang ia jumpai dalam sebuah kegiatan. Wanita ini menyampaikan betapa berat permasalahan dirinya, dan ia memerlukan pendamping hidup yang soleh sehingga bisa menjaga diri dari gangguan laki-laki yang selama ini sering mengganggu dan menjahili. Dengan rasa penuh percaya diri dan sedikit merasa menjadi pahlawan, mahasiswa ini menyatakan kesediaan untuk menjadi suami bagi wanita tersebut.

Saya bersyukur kepada ALLAH SWT, dan menghargai mahasiswa tersebut atas i'tikad baiknya. Namun saya memberikan banyak data yang saya miliki, betapa sekian banyak wanita memiliki masalah yang lebih berat dan lebih mendesak untuk diselesaikan daripada wanita yang ia temui tersebut. Ternyata ia terkejut, sebab tidak menyangka ada wanita lain yang lebih mendesak untuk segera melaksanakan pernikahan daripada wanita yang menemui dirinya. Bahkan setelah mendengarkan utuh cerita saya, mahasiswa ini mengatakan, "Ternyata permasalahan yang dihadapi wanita yang saya pinang ini lebih kecil dan ringan dibandingkan dengan beberapa wanita yang Ustadz sampaikan tadi." Tentu saja saya tidak meminta dia untuk membatalkan pinangannya, akan tetapi dengan sedikit saya bergurau saya sampaikan kepada dia, "Kalau ingin menjadi pahlawan, hendaknya tidak tanggung-tanggung, selesaikan wanita yang masalahnya lebih besar dan mendedak untuk dinikahi." Tentu ini sekadar gurauan saya dengan mahasiswa tersebut.

Saya hanya ingin menyampaikan, bahawa inilah manfaat meminta pendapat. Saya juga sangat terkesan dengan seorang mahasiswa semester akhir yang mengungkapkan kepada saya tentang kesiapan menikahnya dan berharap bisa mendapatkan jodoh yang bisa membantu kegiatan dakwah. Waktu itu ia menanyakan, " Wanita mana yang menurut anda yang paling mendesak untuk dinikahi, dan membawa kemaslahatan dakwah, saya bersedia menikah dengannya." Saya sungguh terharu dengan ungkapan tulus itu dan memuji kepada ALLAH SWT. Kini ia telah hidup bahagia bersama isteri yang lebih tua lima tahun di atas dirinya, dan telah memiliki beberapa anak dari pernikahan mereka. Kegiatan dakwah mereka lakukan berdua dengan optimal.

Begitulah kisahnya....
So.. bagaimana pendapat anda tentang kisah ini? Anda menikah kerana apa? Siapakah dia rasanya pilihan hati? Kepada anda yang di luar sana sedang memikir-mikir, menimbang-nimbang siapakah calon yang selayaknya... mari kita renungkan lagi sketsa ini...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH

Jika untuk kemaslahatan dakwahnya adalah sama
Jika kesolehannya adalah sama
Siapakah yang paling layak anda pilih?
Siapakah yang lebih mendesak anda nikahi?
Siapakah yang lebih mendesak anda curahkan kasih?

Andai anda seorang PEMUDA
Antara janda beranak lima dan si dara muda jelita
Siapakah yang lebih mendesak anda nikahi?

Andai anda seorang WANITA
Antara si duda beranak tiga
dan si teruna handsome hebat bergaya
Siapakah yang lebih mendesak anda curahkan kasih?

Andai anda seorang PEMUDA
Antara si andalusia, si andartu dan si andarmuta*
Siapakah yang paling mendesak anda nikahi?

Andai anda seorang WANITA
Antara si pemuda yang jadi sandaran orang tuanya yang lanjut usia
dan si dia yang tiada tanggungan apa-apa
Siapakah yang lebih mendesak anda curahkan kasih?

Andai anda seorang PEMUDA
Antara si yatim miskin yang 'sakit'
dan si dia yang serba lengkap hidupnya
Siapakah yang paling mendesak anda nikahi?

Andai anda seorang WANITA
antara si pemuda kurang upaya (OKU)
dan si dia yang gagah perkasa
Siapakah yang lebih mendesak anda curahkan kasih?


Terasa amat berat untuk berkorban
Bila menyentuh... soal hati dan perasaan
Tak seperti si Pemuda Bani Hashim Kekasih ALLAH
Khadijah... si janda beranak tiga
yang agak jauh jarak usianya
Dipilihnya sebagai suri hidupnya
Teman pendamping perjuangannya.

Pilihan di tangan anda
Pilihlah dengan mata iman bukan dengan mata nafsu
Pililah kerana Allah, pilihlah kerana dakwah.

Ya Rasulullah...
Engkaulah sebaik-baik contoh
Engkaulah sebaik-baik ikutan...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika anda tidak mampu berkorban sejauh ini, pilihlah yang ada Islam, pilihlah yang ada iman.. Orang yang ada ALLAH di hatinya, kalaupun dia tidak suka, sekurang-kurangnya dia tidak khianat dan dia tidak menzalimi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Andalusia: Anak dara lanjut usia - rasanya yg ni dalam seribu calon baru ada 1 kot
Andartu: anak dara tua. yg ni biasa dan org faham
Andarmuta: Anak dara muda jelita , yg ni saya reka sendiri. tak tau nak bagi istilah apa. Kalau ada cadangan bolehlah beri.


~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Julai 26, 2009

REDHALAH... PILIHAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

Bagaimana harusku memilih...
Jika anda berada di antara dua pilihan atau banyak pilihan... samada dalam membuat sesuatu perkara atau memilih sesuatu yang besar dalam hidup anda seperti pemilihan pasangan hidup anda, maka mintalah pada ALLAH. Istikharahlah.. Berbincanglah dengan ALLAH terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan terutama dalam hal-hal yang besar dalam hidup anda. Sesungguhnya hanya ALLAH yang lebih mengetahui ia baik untuk anda atau tidak.

Pilihan yang baik bagi seorang hamba adalah apa yang ALLAH S.W.T pilihkan baginya, sebab ALLAH lebih mengetahui tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya, dan ALLAH lebih mengasihi hambanya daripada ibu yang melahirkannya. Kerana itu seorang hamba, harus menerima ketentuan Tuhannya, menyerahkan semua kepadaNYA dan mencukupkan diri dengan kecukupan yang diberikan ALLAH kepadanya. (S.K Ibnu Khathir)

Tatacara Solat Istikharah:
1. 2 rakaat satu salam atau
2. Dua belas rakaat, enam salam

Sujud terakhir baca tasbih:
SUBHANAKA LAA 'ILMA LANAA ILLA MAA 'ALLAMTANA INNAKA ANTAL 'AALIMUL HAKIIM
(Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.)

Buatlah selama tiga malam berturut-turut atau sehingga tujuh malam sebaiknya ketika solat malam sebelum solat witir. Letakkan keyakinan sepenuhnya kepada ALLAH, laksanakanlah dengan yakin perkara yang dirasakan kuat dalam hati. ALLAH akan tunjukkan samada melalui rasa hati yang kuat kearah itu, melalui mimpi ataupun dipermudahkan jalan kearah perkara tersebut.

Doa: Serahkan sepenuhnya urusan anda kepada ALLAH. Biarlah DIA yang menentukan.
1. Doa untuk sesuatu urusan
"Ya ALLAH sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala yang gahib. Ya ALLAH jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan urusan kita di sini) baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku dan akibat urusanku (atau sebagaimana sabdanya: 'pada waktu dekat atau masa yang akan datang, maka takdirkanlah padaku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusanku ini. Dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa urusanku ini (sebutkan urusan kita di sini) tidak baik bagiku di dalam agamaku, di dalam kehidupanku dan akhir urusanku (atau sebagaimana sabdanya: 'pada waktu dekat atau masa yang akan datang') maka hindarkanlah perkara itu daripadaku dan selamatkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik di mana sahaja ia berada, kemudian redhailah aku dengan hal itu."

2. Doa untuk memilih jodoh:
"Ya ALLAH sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui si fulan/fulanah (sebutkan nama lelaki /perempuan yang dimaksudkan) baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berikanlah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku.."

Redhalah dengan pilihan ALLAH, sesungguhnya pilihan ALLAH adalah yang terbaik untuk diri mu. Firman ALLAH yang bermaksud:

"...BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU DAN BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU. ALLAH MENGETAHUI SEDANGKAN KAMU TIDAK MENGETAHUI.."

"BARANGSIAPA BERTAQWA KEPADA ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MEMBUKAKAN JALAN KELUAR BAGINYA (2), DAN DIA MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKANYA. DAN BARANGSIAPA YANG MENYERAHKAN PERKARANYA (BERTAWAKAL) KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN KEPERLUANNYA (3)."
(At-Talaq, 65:2-3)

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, Julai 23, 2009

JADILAH ANAK YANG SOLEH

Mari bernasyid bersama kumpulan UNIC. Hayati lirik lagu ini, amat luas maknanya. Moga menjadi peribadi kita..



Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Isnin, Julai 13, 2009

JANGAN ASYIK...

Jangan asyik buat peta atau buat taik mata,
Jangan asyik ketawa berdekah-dekah hingga lupa sahsiah,
Jangan asyik berkhayal tak tentu hala,
Jangan asyik buat duit tak kira masa,
Jangan asyik jolly sini dan jolly sana,
Jangan asyik bercinta bagai nak rak dunia,
Jangan asyik buat dosa tak ingat neraka...

Entah esok entah lusa
Engkau bye-bye pada semua,
Menyesal dah tak guna,
Harta, tahta, wanita dah tak boleh buat apa,
Kalau tak ada iman bawa ke sana...

Asyik... asyik... asyik...
Asyiknya kumpul pahala,
Asyik... asyik... asyik...
Asyiknya tinggalkan dosa,
Asyik... asyik... asyik...
Asyiknya mentaati ALLAH,
Asyik... asyik... asyik...
Asyiknya mendidik jiwa,
Asyik... asyik... asyik...
Asyiknya kongsi hidayah,
Asyik... asyik... asyik...
Asyiknya bercinta kat syurga,
Bersama si bidadari-bidadari bermata indah,
Yang baik-baik lagi jelita,
Penuh cinta dan sebaya,
Laksana mutiara yakut dan marjan,
Sentiasa muda dan perawan,
Alangkah beruntungnya si Ashaabul Yamiin,
Buatmu yang istiqomah dalam ketaatan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Katakanlah, "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu DIA beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."
(Surah Al-Jumu'ah 62:8)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan bersegerahlah kamu mencari ampunan dari TUHANmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa..
(Surah Ali-Imran 3:133)


~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Selasa, Julai 07, 2009

JAGALAH HATI

Apakhabar hati anda hari ini?
  1. Jaga anggota badan dari maksiat. Bila mata, telinga, mulut tak dijaga - hati jadi kotor.
  2. Jauhi hati dari sifat-sifat keji : nafsu, cinta dunia, riak, takbur....
  3. Hiasi hati dengan sifat terpuji - ikhlas, redha, sabar, berkorban...
Jaga hati, gilap hati. InsyaAllah hati kan sentiasa mekar dengan kasih Ilahi. Jadikan 3 perkara ini cheklist kepada hati anda. Adakah ia ada dalam hati saya? Jika ada, Alhamdulillah Allah beri anda petunjuk untuk sedar kelemahan anda yang perlu diperbaiki. Jangan pernah berputus asa. Gilap hati dengan iman, sesungguhnya ia tunjang kekuatan..

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Rabu, Julai 01, 2009

BERWASPADALAH!

Berwaspadalah terhadap:
  1. MAKSIAT - dari maksiat zahir dan maksiat bathin
  2. FITNAH - keluarga, anak-anak, isteri/suami
  3. HAWA NAFSU - yang sentiasa mengajak kepada keseronokan
Wahai saudaraku seiman dan seakidah...
Marilah kita tingkatkan kewaspadaan kita terhadap anasir-anasir yang boleh melemahkan iman kita, yang boleh meruntuhkan semangat kerja dan keikhlasan kita dalam bekerja di atas jalan-NYA. Tingkatkan kewaspadaan, jangan lalai, kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada..

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Jun 28, 2009

TULUSKAH KASIH ANDA?

Mari kita hayati kisah ringkas ini...

Seorang laki-laki mendatangi Saidina Umar Bin Khatththab. Ia memberitahu Saidina Umar bahawa ibunya telah lumpuh. Ia selalu menggendong ibunya ke kamar kecil dan merawatnya. Hal itu ia tanyakan kepada Saidina Umar, "Apakah dengan hal ini aku telah memenuhi haknya?" Umar menjawab, "belum". orang itu bertanya, "Mengapa?" Umar menjawab, "Kerana kamu merawatnya, namun kamu mengharapkan kematiannya, sedangkan ibumu dulu merawatmu dan ia mengharapkanmu tetap hidup."

Jika kita diuji Allah menghadapi keadaan ini, renungkanlah.. tuluskah kasih kita? Moga Allah tingkatkan keikhlasan dan kesabaran kita, yakinlah janji Allah itu syurga bagi mereka-mereka yang tetap taat dan menjaga orangtuanya walau apapun keadaannya..

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Jumaat, Jun 19, 2009

MARI MERAIH CINTA BERPAHALA

Siapakah yang anda cinta dalam hidup anda?
Adakah cinta anda mendatangkan pahala atau mengundang murka Allah?

CINTA BERPAHALA:
  1. CINTA ALLAH
  2. CINTA RASUL
  3. CINTA IBUBAPA
  4. CINTA AL-QUR'AN
  5. CINTA SAHABAT NABI, PARA ULAMA, PEJUANG ISLAM DAN ORANG-ORANG BERIMAN
  6. CINTA ILMU DAN KEJAYAAN
  7. CINTA KEBAIKAN DAN KETAATAN

Marilah kita meraih cinta berpahala agar kita mendapat cinta Allah. Bertaubatlah diatas cinta maksiat anda yang melalaikan baik di masa lalu mahupun masa kini. Yakinlah, sesungguhnya Allah itu Maha
Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, Jun 18, 2009

DEDIKASI UNTUKMU SAHABATKU...KIR,

KIR,
Senyummu adalah duka dihatiku
Senyapmu adalah tangis dijiwaku

KIR,
Berapa lama lagikah
Derita ini akan berpanjangan
Berapa waktu lagikah
Airmata ini terus mengalir

KIR,
Aku cuba meletakkan diriku ditempatmu
Sepi seorang anak yatim piatu di perantauan
Tidak mampu rasanya...
Untuk aku menggalas ujian seberat itu

KIR,
Seandainya bulan dan bintang itu mampu berbicara
Pasti mereka akan ingin sama berkongsi deritamu
Agar di celah-celah itu cahaya matahari terang
Deritamu diganti kesembuhan

KIR,
Musafirmu tidak tahu dimana penghujungnya
Cita-cita besarmu bilakah akan terlaksana?

KIR,
Selagi hayatku dikandung badan
Selagi matahari masih terbit di sebelah timur
Selagi itu aku akan cuba untuk mengangkat martabat keinsananmu
Yang telah diganggu gugat syaitan durjana

Sesungguhnya KIR
Janjiku pada diriku sendiri
Selagi iman bertahta kebal dijiwa
Selagi ukhuwah menjadi tunjang utama iman

Selagi itu KIR
Janjiku pada diriku sekali lagi
Akanku tunai hakmu sebagai teman
Walau bagaimana keadaan dirimu

KIR,
Suka dan duka telah kita lalui bersama
Segala kepayahan telah kita hadiahkan
Untuk iman dan jihad ini
Yang kuharapkan menjadi
Pengiring untuk sama-sama
Melangkah ke taman syurga yang kekal abadi...

KNN
Ayer Keroh, Melaka.


~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Sabtu, Mei 23, 2009

LANGKAH MUDA MENANAM TAUHID

  1. Mengajarkan kalimah tauhid :LA ILAHA ILLALLAH
  2. Mengenalkan kehebatan Allah dan menanam rasa cinta kepada-Nya.
  3. Mengenal dan menanam cinta kepada Rasulullah.
  4. Mengenal dan mengajar al-Qur'an
  5. Menghafal al-Qur'an.
  6. Mengamalkan al-Qur'an.
  7. Menanam nilai perjuangan dan pengorbanan di jalan Allah.
(Majalah i, Mei '09)

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, Mei 21, 2009

HIDUP HANYA UNTUK ISLAM

  1. Berpegang teguh kepada Islam secara praktik.
  2. Mencari dengan teliti sesuatu yang mendatangkan maslahat kepada Islam.
  3. Merasa 'izzah (mulia) dengan Islam.
  4. Iltizam dengan amal-amal Islam dan bekerjasama dengan orang-orang yang beramal untuk Islam.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Sabtu, Mei 16, 2009

JIDDIYAH / BERSUNGGUH-SUNGGUH

Antara akhlak anak soleh ialah ia mempunyai sifat jiddiyah / bersungguh-sungguh:
  1. Bersungguh-sungguh mematuhi perintah Allah s.w.t
  2. Bersungguh-sungguh menjauhi larangan Allah s.w.t
  3. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu
  4. Bersungguh-sungguh memperbaiki dan meningkatkan diri.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Isnin, Mei 11, 2009

UNTUKMU SAHABATKU...


Hulurkan daku seteguk kasihmu,
Sesungguhnya aku si yatim piatu,
Tiada tempatku bermanja,
Apatah lagi tempatku mengadu.
Ketahuilah..
Teduh matamu,
Senyuman ikhlasmu,
Sapaan mesramu,
Penghapus gundahku,
Penawar lelahku,
Penyeri hidupku,
Pembangkit semangatku!

Sahabatku...
Saat getir itu... telah kita tempuhi bersama,
Tanpamu tak mampu ku hadapinya,
Sokongan dan pengorbananmu,
Tak mampu ku membalasnya.

Teman...
Maaf atas segala kekasaran,
Terima kasih atas segala bantuan,
Kasih sayang dan tunjuk ajarmu,
Takkanku lupakan.

Teman...
Moga... gerimis semalam,
Jadi pelangi di hari esok.

Titipanku untukmu...
Layarilah bahtera ibadatullah,
Moga dibuai redha Pencipta,
Hati kan tenang, damai dan bahagia,
Meski dihempas badai menggila!

***********************************************

If you strive to make money,
Your fortune will be remembered.
If you strive to glory,
Your statue will be remembered.
But.. if you live for other,
You will be remembered,
And you will live forever ,
In the hearth of those you gave hope and love to...
(unknown)

********************************************

"NO GOLD TO GIVE YOU
BUT... A GOLDEN HEART TO LOVE YOU..."


********************************************

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, Mei 07, 2009

AYUH! KITA BANGUN

"Dakwah pada masa sekarang ini tidak memerlukan orang-orang yang malas yang hanya dapat bersenandung dengan agama Islam tetapi tidak melangkah meskipun hanya satu langkah di balik senandungnya itu. Dakwah pada masa sekarang ini memerlukan orang yang memikulnya dan bukan orang yang dipikul olehnya. Jalan menuju kemenangan adalah jalan yang penuh dengan kepedihan, buminya berupa duri, langitnya penuh dengan badai dan marabahaya, fenomenanya adalah orang-orang yang mati syahid, orang-orangnya adalah orang-orang yang membenarkan dengan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, landasannya adalah orang-orang berpuasa, orang-orang yang melakukan solat, orang-oang khusuq dalam beribadah, mereka adalah pendeta pada malam hari dan penunggang kuda di siang hari."


(Majdi Al-Hilali: Rakaizud Dakwah)

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Selasa, Mei 05, 2009

GENERASI MUDA DAN KEWAJIPANNYA

  1. IMAN yang teguh dan tak tergoyahkan.
  2. KEIKHLASAN yang benar bukan kepura-puraan dan riak.
  3. KEMAHUAN yang kuat, tidak kenal takut dan gentar.
  4. KERJA KERAS tak kenal lelah.
  5. BERKORBAN demi mencapai kemenangan atau mati syahid.
(Said Hawwa: Hingga dimengerti generasi muda)

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

RASULULLAH S.A.W PROFILES

  1. The messenger
  2. A family men
  3. A team leader
  4. A manager - administrator
  5. A military commander/campaigner
  6. A judge
  7. An entrepreneur
  8. A counsellor
  9. A ruler and statemensmen
  10. A visionary
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Mei 03, 2009

FAKTOR YANG DAPAT HADIRKAN RASA TAKUT KEPADA ALLAH

  1. Ziarah kubur tempat kembali akhirnya.
  2. Sentiasa ingat mati baik pagi dan petang bahkan ketika baring.
  3. Selalu ingat azab Amat pedih.
  4. Sedar pemerhatian Allah.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Jumaat, Mei 01, 2009

BEKALAN PARA DA'I

  1. Puasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan.
  2. Tunaikan solat 2 rakaat di waktu malam untuk menghadapi kesunyian kubur.
  3. Tunaikan ibadah haji untuk menghadapi peristiwa-peristiwa yang gawat.
  4. Hulurkan sedekah sambil merahsiahkannya.
  5. Tuturkanlah kebenaran atau berdiam diri dari mengungkapkannya.
(Fathi Yakan : Bahtera Penyelamat)

JIWA YANG BERIMAN

  1. Antusias menunaikan solat dan mengukuhkanaqidah.
  2. Berpegang teguh kepada etika persaudaraan.
  3. Senang memberi dan senaang dengan kesibukan sehari-harian yang melelahkan.
  4. Merindukan jihad dan mati syahid.
  5. Disiplin dalam ketaatan.
  6. Tidak berambisi terhadap keduniaan dan meringankan bebannya.
  7. menanti datangnya kematian dan melupakan angan duniawi.
  8. Cinta kepada ALLAH S.W.T dengan penuh harap dan rasa takut.
  9. Putus hubungan dengan orang-orang kafir dan orang munafik.
  10. Sabar menghadapi segala cobaan dan ujian.
(Pelembut Hati: Muhammad Ahmad Ar-Rashid)

ADAB MEMBACA AL-QUR'AN

  1. Niat membaca kerana ALLAH, untuk mengetahui hukum-hukum-NYA, dan supaya dapat melaksanakan perintah-NYA.
  2. Disunatkan berwudhu dan bersih. Ambil dengan tangan kanan. Seelok-eloknya dengan kedua-dua tangan.
  3. Baca di tempat yang bersih. Paling utama di masjid.
  4. menghadap kiblat, baca dengan khusyu' dan tenang.
  5. Bersihkan mulut dan gigi dari sebarang makanan.
  6. Membaca ta'awudz, basmalah dan berdoa :Ya ALLAH, bukakanlah kiranya kepada kami rahmat dari khazanah-MU dan taburkanlah kepada kami rahmat dari khazanah-MU, Ya ALLAH yang maha pengasih lagi maha Penyayang.
  7. Baca dengan tartil- pelan dan tenang.
  8. Baca dengan penuh perhatian, fikirkan maksudnya dan sujud sajadah pada ayat-ayat sajadah.
  9. Benar-benar diresapkan ertinya. Contoh pada ayat azab untuk orang berdosa para sahabat menangis mendengarnya.
  10. Baca dengan suara yang bagus dan merdu, dengan tajwid yang betul.
  11. Jangan putuskan bacaan sebab dak bercakap dan menjawab pertanyaan orang. teruskan bacaan sampai ayat yang sesuai berhenti. Dilarang ketawa dan bermain-main ketika membaca Al-Qur'an. Ini bermakna tidak menghormatinya.
  12. Waktu yang paling sesuai/diutamakan membaca al-Qur'an: Tengah malam hingga fajar, antara maghrib dan Isyak, selepas solat subuh.

Selasa, April 28, 2009

CIRI-CIRI KEIMANAN

  1. At-Ta'ibun : orang yang sentiasa bertaubat
  2. Al-'Abidun : orang yang beribadah
  3. Al-Hamidun : orang sentiasa bertahmid
  4. As-Sa'ilun : Pengembara di jalan Allah
  5. Ar-Raki'un & As-Sajidun : Orang yang ruku' dan sujud
  6. Al-'Amiru bil ma'ruf wa nahuna 'anil mungkar : menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar
  7. Hafizuna li hududillah : orang yang memlihara hukum Allah
(moga jadi sahsiah diri)

Isnin, April 27, 2009

10 WASIAT IMAN HASSAN AL-BANNA

  1. Segeralah tunaikan solat
  2. Bacalah al-Qur'an
  3. Berusahalah bercakap dalam bahasa arab fusha
  4. Janganlah banyak berdebat
  5. Janganlah banyak ketawa
  6. Jangan saudara bergurau
  7. Jangan angkat suaramu lebih dari yang diperlukan oleh pendengar
  8. Saudara jangan mengumpat
  9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui
  10. Kewajipan lebih banyak dari masa yang kita ada, manfaatkan waktumu dan waktu saudaramu
(moga jadi sahsiah diri kita)

Ahad, April 26, 2009

10 KUALITI MUSLIM RABBANI

  1. Kekuatan iman dan akidah sejahtera
  2. Ibadah yang sah
  3. Akhlak yang terpuji
  4. Daya intelek yang tinggi dan berpendidikan
  5. Sihat dan kuat tubuh badan
  6. Sistematik, rapi dan professional dalam urusan
  7. Menjaga masa
  8. Mampu berdikari
  9. Bermujahadah terhadap dirinya
  10. Bermanfaat kepada orang lain.
(Mustafa Mahsyur: Fiqh Dakwah)

Sabtu, April 25, 2009

WAHAI PEMUDA.. BANGKITLAH!

Majulah ke hadapan dan ceburkanlah diri,
Engkaulah pemudanya,
Dan madahku adalah nyalaan,
Semoga iramaku menyalakan api dalam dirimu,
Niat di hati hanya untuk melihat,
Setitik air dalam dirimu,
Bakal menjadi laut yang dalam,
Semoga jiwa ini sentiasa beroleh kemenangan,
jadikanlah dirimu....
DICIPTA UNTUK BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH!

(unknown)
_____________________________________________________

BOOSTER 1:

'Kita inginkan professional muslim yang bekerja keras memanfaatkan kepakarannya untuk kesejahteraan umat manusia dan tidak menyelewengkan daripada dasar ini walaupun ketika jauh dari pandangan mata manusia lantaran kesedaran tauhid yang tertanam kukuh di dalam dirinya.'


(Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi)


_____________________________________________________

BOOSTER 2

Kemenangan dan kejayaan hanya akan wujud dengan kesungguhan dan kerja
yang berencana bukan dengan senda gurau atau banyak cak
ap!'

(Unknown)

Wahai Muslim.. QUM FA-ANZIR!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai orang yang berkemul (berselimut)!
BANGUNLAH, LALU BERILAH PERINGATAN!
dan agungkanlah Tuhanmu,
dan bersihkanlah pakaianmu,
dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji.

(Al-Mudassir, 74: 1-5)