Isnin, Ogos 31, 2009

MERDEKAKAH KITA?

Hari ni, ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 52 tahun. Alhamdulillah ia berada dalam bulan Ramadhan... sekurang-kurangnya sambutannya ala islamic sikit. Bayangkanlah kalau sambutannya di luar bulan Ramadhan... Entahlah nak cakap apa. Maksiat mungkin salah satu pakej senyap yang mengiringi sambutan tersebut terutama di kalangan anak Melayu kita.

Semalam kat masjid sekitar Bdr. Baru Bangi lepas solat tarawih ada forum kemerdekaan. Malam sebelum tu kereta agak berkurangan sikit kat parking kereta tu, tapi semalam agak banyak jugak. Alhamdulillah bertambah balik bilangan jemaah. Bila lepas solat, diminta jemaah mengikuti forum kemerdekaan di bangunan yang berasingan. Saya terfikir... patutlah malam ni agak ramai banding semalam, muslimin pula siap pakai baju melayu bersampin. Rupa-rupanya ada majlis. Hai kita ni nak imarahkan masjid sebab nak sambut merdekakah atau sebab nak hidupkan Ramadhan? Nampak gayanya belum sampai lagi ke 10 malam yang kedua Ramadhan, dah ada yang agak tercicir di pertengahan jalan. Masa awal-awal Ramadhan, bukan main semangat kita, penuh saf sampai tak muat, hari ni saf dah tinggal separuh, dah ramai yang kecundang sebelum sampai ke garis penamat. beruntunglah orang-orang yang ALLAH pilih yang berjaya menamatkan perlumbaannya dengan selamatnya. Berlumba-lumba kita buat amal ketaatan di bulan yang penuh rahmat dan barokah ini.

Merdekakan diri kita dari memperturut hawa nafsu yang melalaikan, Merdekakan diri kita dari budaya yang merosakkan, Merdekakan diri kita dari fikiran materialistik dan keduniaan, Merdekakan diri kita dengan iman yang benar! Renung-renunglah diri...MERDEKAKAH KITA?

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Ogos 30, 2009

RAMADHAN: TETAMU AGUNG YANG DIRINDUI

Ramadhan bagi orang beriman adalah tetamu agung yang dinanti-nanti. Seperti orang selalu kata, kehadiranmu dinanti pemergianmu ditangisi. Bersyukur kepada ALLAH kerana ALLAH masih lagi memberi kita peluang untuk menjadi tetamu di bulan ini. Jangan lepaskan peluang keemasan yang telah ALLAH berikan ini. Perhebatkan ibadah dan amalan ketaatan. Moga-moga kita mencapai natijah taqwa seperti yang ALLAH kehendaki.

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat tiga tingkatan puasa, iaitu:
1. Puasa orang awam
Golongan ini hanya setakat menahan perut dan kemaluan dari memperturut hawa nafsu.

2. Puasa orang khusus (Puasa anggota)
Bukan sahaja menahan makan dan syahwat tapi menahan anggota dari berbagai dosa. Menjaga pendengaran, penglihatan, percakapan, kaki, tangan agar tidak melakukan perkara yang melalaikan dan mengundang dosa.

3. Puasa orang yang paling khusus (puasa hati)
Puasa hati dari berbagai keinginan yang hina dan fikiran-fikiran duniawi. Menahan hati dari segala sesuatu selain ALLAH secara total. Puasa dikira batal jika fikirkan sesuatu selain ALLAH. Ini tingkatan puasa para nabi, siddiqin dan muqorrobin (orang-orang yang didekatkan kepada ALLAH).

Mari kita semak diri kita... kita termasuk dalam golongan yang mana? Adakah masih berada dalam peringkat yang pertama. Mungkin sukar untuk kita mencapai peringkat ketiga tapi kita cuba-cubalah usahakan jadi golongan yang kedua. Cuba-cubalah puasakan anggota badan kita yang senang-senang mencari dosa tu.. Jadikanlah ia anggota yang bertaqwa selepas keluar dari tarbiyah dan tamrin Ramadhan ni. Jadi mata yang bertaqwa, jadi telinga yang bertaqwa, jadi mulut yang bertaqwa...Seluruh jasad kita bertaqwa. InsyaALLAH.. Moga ALLAH bantu kita untuk menghidupkan Tetamu Agung kita ini dengan amalan ketaatan yang dicintaiNYA. Amiin...



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Ogos 09, 2009

PERKASAKAN DIRI JADI MUSLIM MUKMIN

14 amalan yang mampu memperkasakan diri anda menjadi seoramg muslim mukmin. Bercita-citalah anda ke arahnya. Berusahalah kearahnya.. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita jika apa yang kita buat ikhlas semata-mata keranaNYA. Hidup akan lebih bermakna bila mentaati ALLAH... Hidup hanya sia-sia jika kita melalaikannya.
  1. Solat 5 waktu tepat pada waktunya dan berusahalah solat tahajjud. Bagi kaum lelaki seboleh-bolehnya cuba solat berjamaah di masjid atau surau.
  2. Sedapat-dapatnya berpuasa sunatlah pada hari isnin dan khamis.
  3. Kurangkan waktu tidur, banyakkan membaca Al-Qur'an
  4. Amanah - perhatikan dan tepati bersungguh-sungguh setiap janji anda.
  5. Bersedekahlah kepada fakir miskin.
  6. Lupakan amalan-amalan baik anda dan ingatlah dosa-dosa anda yang lalu.
  7. Pandanglah fakir miskin dari segi material dan ulama dari segi spiritual.
  8. Ikutilah perkembangan semasa umat Islam
  9. Hindarilah dari tempat-tempat maksiat, dan hindarilah dari sebarang pesta dan jangan menganjurkannya.
  10. Berpakaian menutup aurat, berpakaianlah secara sederhana.
  11. Bersukanlah
  12. Perbanyakkan mentelaah pelbagai bahan bacaan (agama, sosial, sains, politik, sejarah, satera dan seumpamanya)
  13. Pelajarilah ilmu-ilmu teknik yang diperlukan oleh umat Islam.
  14. Pelajarilah ilmu tauhid dalam bahasa arab dan perdalamkannya.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~