Jumaat, September 04, 2009

PUASAKAN ANGGOTA ANDA.


Assalamu'alaikum kepada pengunjung yang dihormati..

Hari ni adalah hari ke 15 kita berpuasa. Saya nak berkongsi tentang bagaimana nak 'mempuasakan' anggota kita yang sentiasa terdedah kepada lalai dan dosa. Rasanya masih belum terlambat untuk kita memperbaiki kualiti puasa kita. orang beriman itu adalah seorang yang dinamik, sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri dan tidak pernah berputus asa walaupun sehebat mana ujian yang dilaluinya.

Menurut Imam Al-Ghazali untuk mencapai martabat tingkatan puasa khusus iaitu puasa anggota, enam perkara yang seharusnya dijaga dan diperhatikan keadaannya. Ia adalah puasa orang soleh yang menahan diri dari berbagai dosa.

1. MENAHAN PANDANGAN daripada melihat dengan bebas perkara yang haram dan makruh dan perkara yang melalaikan hati dari mengingati ALLAH. Juga menahan mata dari membaca dan menonton bahan-bahan yang melalaikan bahkan yang boleh membawa kepada dosa.

2. MENJAGA LIDAH daripada bercakap kosong, dusta, mengumpat, menghasut, lucah, keras dan bertengkar. Sebaliknya jadikan lidah lebih bayak diam, berzikir, membaca Al-Qur'an.

3. MENAHAN PENDENGARAN daripada mendengar perkara yang buruk dan melalaikan. Pendengaran yang melalaikan akan melalaikan dari ingat ALLAH. Dengarlah bacaan Al-Qur'an ataupun kuliah-kuliah ilmu yang boleh memberi input kepada hati dan akal anda.

4. MENAHAN ANGGOTA-ANGGOTA BADAN. Menahan tangan dan kaki daripada melakukan kejahatan, menahan perut dari makan makanan yang shubhat dan haram ketika berpuasa.

5. TIDAK MEMAKAN MAKANAN YANG HALAL SECARA BERLEBIHAN pada saat berbuka hingga perut penuh. Makan terlalu banyak akan memberatkan diri untuk beribadah malam.

6. Selepas berbuka hendaklah HATINYA PENUH MENGHARAP supaya puasanya diterima dan TAKUT sekiranya puasa dan ibadahnya hari itu ditolak.

Selamat berjihad 'Mempuasakan anggota anda' moga jadi mata yang bertaqwa, mulut yang bertaqwa, telinga yang bertaqwa, JASAD YANG BERTAQWA.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan