Isnin, Ogos 15, 2011

TALIAN HAYAT PELARIAN SOMALIA, JADILAH INSAN YANG PRIHATIN


Sempena bulan yang mulia dan penuh barokah ini mari kita tingkatkan amal kita dengan menghulurkan sedikit sumbangan untuk saudara kita yang berada di SOMALIA.. Moga ALLAH SWT berikan pahala yang berganda-ganda.

Setiap sen yg kita sumbangkan amat berharga
bagi mereka.. Renungkan VIDEO INI SANGAT MENGINSAFKAN. Bagaimana keadaannya kita bila berada di tempat mereka sanggupkah kita?.. Mereka mati kerana tidak ada makanan, kita pula orang Malaysia mati sebab terlebih makan.. Boleh jadi nasi basi yang kita buang menjadi rebutan bagi mereka di SOMALIA sana.. Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada kita.. Kongsikan sedikit nikmat yang kita ada ini dengan mereka yang lebih memerlukan tidak kira di pelosok bumi mana mereka berada.. Mereka tetap saudara kita selagi mereka mengucap shahadah..


Sila layari web yang berikut.. Tayangan VIDEO PENDERITAAN RAKYAT SOMALIA yang amat menghayat hati dan menginsafkan.. Kita amat bersyukur kerana ALLAH tidak timpakan ujian sebegitu rupa kepada kita, tak ada makanan, takada tempat tinggal, jadi pelarian di tanah yang kering kontang, macam tidak ada kehidupan.. Tapi ALHAMDULILLAH.. walaupun mereka hidup serba kekurangan, dari segi berpakaian tetap dijaga.. Tidak kita nampak pada wanita-wanita itu berpakaian seksi atau mendedahkan aurat secara berlebihan.. Berbeza dengan orang ISLAM yang lain, yang hidup serba mewahdan cukup, pakai baju macam tak cukup kain. Tidak merasai apa yang dia miliki semuanya pemberian ALLAH..

MENDERMALAH UNTUK SOMALIA.. INFAK..INFAK..INFAK..

Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:261

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١

'Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. '


SALURKAN DERMA ANDA KEPADA:

Tabung Bantuan Kecemasan dan Bencana:
BANK ISLAM 14-023-01-002571-8
(HALUAN),


UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:


Dr. Hj. Baharuddin Suri
Emel: drbbsjb@gmail.com

www.haluan.org.my,
emel: somalia@haluan.org.my

Hotline:+60197559169




SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA DAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA KITA. AMIIN

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan