Khamis, November 19, 2009

HARAPAN SI PERMATA CEMERLANG

Akulah permata hati ibuku
Akulan buah cinta ayahku
Akulah permata kebanggaan ibu ayahku
Akulah permata harapan sekolahku.

Aku ingin jadi permata cemerlang penyejuk hati ayah ibuku
Aku ingin jadi permata cemerlang kebanggaan sekolahku
Aku bukan sahaja ingin jadi permata cemerlang di dunia
Aku juga ingin jadi permata cemerlang di akhirat
Lebih-lebih lagi…
Aku ingin jadi permata cemerlang di sisi ALLAH.

Kerna ku tahu...
Aku bukan sahaja permata harapan ayah ibuku
Aku bukan sahaja permata harapan sekolahku
Tetapi yang lebih penting bagiku
Aku juga permata harapan ummat
Aku juga permata harapan agama
Aku juga permata harapan bangsa dan negara
Apatah lagi akulah permata harapan ALLAH
Akulah hamba !
Akulah khalifah!

Aku bukan sahaja ingin hebat seperti
Albert Einstein dengan kisah atomnya
Isaac Newton dengan penemuan gravitinya
Leonardo da Vinci dengan karya Monalisanya
Thomas Edison dengan lampu mentolnya
Colonel Sanders dengan resepi KFCnya
JK Rowling dengan Harry Potternya
Bill Gates dengan Microsoftnya
Atau seperti …
Dr. Mahathir dengan Putrajayanya
Pak Lah dengan Islam Hadharinya
Ataupun Najib dengan One Malaysianya.

Tetapi…
Aku ingin lebih hebat lagi seperti
Rasulullah saw manusia pilihan ALLAH
Umar Al-Khattab pemimpin tegas berhati mulia
Imam Bukhari yang soleh dan tawadhuk
Salahuddin Al-Ayubi si penakluk Baitul Maqdis
Sultan Muhammad Al-Fatih si Penakluk Kota Konstantinopel
Ataupun seperti…
Imam Asy-Syafi’I yang bijak dan hebat hafazannya
Al-Khawarizmi dengan Al-Jebranya
Al-Banna dengan dakwah dan tarbiyahnya
Al-Qaradhawi dengan keluasan ilmunya.

Wahai ayah ibuku tercinta
Didiklah kami jadi permata cemerlang
Wahai guru-guru kami yang mencurah jasa tak kira masa
Bimbinglah kami jadi permata cemerlang
Wahai saudara seiman kami
Bantulah kami jadi permata cemerlang
Bukan sahaja cemerlang di sekolah
Bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya
Bukan sahaja cemerlang di dunia
Lebih-lebih lagi …
Kami ingin cemerlang di akhirat
Kami ingin cemerlang di sisi ALLAH
Agar kelak…
Bisa kami warisi jannah!

Kami bukan sahaja ingin jadi putera-puteri dunia
Kami juga ingin jadi putera-puteri akhirat…


Sajak dedikasi untuk anak-anak didikku
Di Transit Permata Cemerlang.

Selamat bercuti.. Taatlah Allah di mana sahaja anda berada.



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Isnin, November 09, 2009

12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN


Golongan Ibadurrahman merupakan hamba pilihan ALLAH yang selalu mendapat rahmat ALLAH SWT. Ciri-ciri mereka di sebutkan oleh ALLAH dalam surah Al-Furqan :63-77. Mereka inilah yang sepatutnya kita contohi dan sifat-sifat inilah yang sewajarnya sedaya upaya kita terapkan dalam kehidupan kita. Agar kehidupan kita di dunia yang seketika ini tidak merugikan kita dan menjadi bekalan bermanfaat di akhirat kelak. JADILAH HAMBA IBADURRAHMAN BUKAN IBADUSY-SYAITAN!
  1. TAWADHUK
  2. MURAH HATI
  3. MENDIRIKAN SOLAT MALAM
  4. TAKUT NERAKA
  5. SEDERHANA DALAM MEMBELANJAKAN HARTA
  6. BERTAUHID
  7. MENJAUHI MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI KEHIDUPAN
  8. MENJAUHI ZINA
  9. TAUBAT NASUHA
  10. TIDAK BERSUMPAH PALSU DAN MENINGGALKAN PERBUATAN YANG TIDAK BERMANFAAT
  11. MENYELAMI AYAT-AYAT ALLAH
  12. MEMOHON KEBAIKAN ISTERI DAN KELUARGA
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Khamis, November 05, 2009

Pelajar Muslim Contoh

  1. Membetulkan niatnya belajar kerana ALLAH
  2. Membetulkan pandangannya kepada pelajaran
  3. Pandai memilih kawan
  4. Pandai memilih majalah-majalah untuk merehatkan fikiran
  5. Memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran
  6. Semua urusan teratur rapi
  7. Menyusun masa dengan baik
  8. Membiasakan diri dengan kebersihan
  9. Mengutamakan menerima pelajaran terus daripada guru
  10. Tahu bahawa kebanyakan pelajaran ada hubungan diantara satu sama lain
  11. Membuat ringkasan bagi setiap topik dan isi pokok yang dipelajari
  12. Berusaha supaya dapat menguasai pelajaran dan memdapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mengatasi pelajar lain
  13. Mencungkil bakatnya dalam bidang yang boleh memberi manfaat untuk Islam
  14. Sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan
  15. Bagi pelajar muslimah, menjaga sifat kewanitaan dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Selasa, Oktober 13, 2009

CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH


Memiliki anak-anak yang soleh adalah idaman setiap ibubapa. Mereka inilah yang akan menjadi saham berharga di akhirat kelak. Justeru itu mereka perlu dididik lagi sedari kecil dengan keimanan. Jangan biarkan suasana atau media mendidik minda dan sikap mereka. Tanamkan sifat-sifat berikut dalam diri mereka agar kelak dewasa nanti mereka ini bukan sahaja jadi harapan ibubapa malah mereka inilah menjadi harapan ummah dan harapan Islam.

1. Taat ALLAH
2. Taat Rasulullah saw.
3. Taat Ibubapa
4. Rajin menuntut ilmu
5. Jaga adab dan akhlak
6. Bijak urus masa
7. Bersih dan kemas


~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Rabu, Oktober 07, 2009

KAUM MUDA DAN KEWAJIPANNYA

Untuk mu para pemuda-pemudi harapan Islam..

Usia muda tidak sepatutnya dihambur-hamburkan begitu sahaja. Ia bukan diisi dengan perkara lalai dan maksiat. Kaum muda perlu ingat kematian tidak mengenal usia. Orang mudapun boleh Allah cabut nyawanya kalau sudah tiba masanya. Beringat-ingatlah selalu. Usia muda sepatutnya diisi dengan prestasi yang bernilai di sisi Allah. Bukannya prestasi yang membawa lalai atau prestasi yang mengundang dosa ataupun prestasi yang tiada manfaat pada umat. Berikut adalah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada para pemuda yang saya petik dari buku HINGGA DIMENGERTI GENERASI MUDA hasil tulisan Abdullah Nasih Ulwan.

Kaum Muda dan Kewjipannya

  1. Iman yang teguh dan tak tergoyahkan
  2. Keikhlasan yang benar, bukan kepura-puraan dan riak
  3. Kemahuan yang kuat, tak kenal takut dan gentar
  4. Kerja keras dan tak kenal lelah
  5. Berkorban demi mencapai kemenangan atau mati syahid
Wahai kaum muda...
Kamu tidak akan sampai kepada kemenangan kecuali dengan iman dan taqwa, pertolongan ALLAH secara rahsia dan terang-terangan, membetulkan niat, menjaga diri dari maksiat, menjauhi dosa, kesenagan hawa nafsu dan fitnah kehidupan dunia.

Bila kamu dapat menundukkan hawa nafsu, menjauhi shahwat dan kelazatan, menjadikan ALLAH sebagai tujuan, syariatNYA yang baik sebagai petunjuk hidup, bimbingan kepada perbuatan baik maka pada saat itulah kamu mendapat jaminan dan pertolongan ALLAH, kemenangan yang nyata dan keunggulan atas musuh ALLAH dan musuh agama.

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Ahad, Oktober 04, 2009

SELAMAT DATANG GRADUAN TAQWA

SELAMAT DATANG MANUSIA BARU
SELAMAT DATANG GRADUAN TAQWA



SALAM AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

RAIHKAN KEMENANGAN DENGAN

KETAATAN DAN KESYUKURAN..

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Jumaat, September 11, 2009

PERHEBATKAN IBADAH DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Assalamu'alaikum. Salam Lailatul Qadar... Bahan berikut saya ambil dari koleksi artikel I LUV ISLAM.COM. Moga ia membantu kita bagaimana sepatutnya mengisi 10 malam terakhir Ramadhan yang di dalamnya ada Malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sibukkan diri kita dengan memperhebatkan ibadah di 10 malam terakhir ini, bukan sibuk dengan buat kuih raya, sibuk membeli belah, hias rumah dan baju baru hingga abaikan fasa terakhir Ramadhan ini iaitu pembebasan dari api neraka. Sibukkan munajat kepada ALLAH moga tertingkat taqwa, tertingkat ilmu, diterima amal, diampun dosa, dijauhi dari api neraka.. SELAMAT MEMBURU MALAM AL-QADR!
TIPS 10 MALAM TERAKHIR
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).
Pernah di malam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1430H/2009M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,
“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Qadr 97: 1-5)
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~