Isnin, Ogos 31, 2009

MERDEKAKAH KITA?

Hari ni, ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 52 tahun. Alhamdulillah ia berada dalam bulan Ramadhan... sekurang-kurangnya sambutannya ala islamic sikit. Bayangkanlah kalau sambutannya di luar bulan Ramadhan... Entahlah nak cakap apa. Maksiat mungkin salah satu pakej senyap yang mengiringi sambutan tersebut terutama di kalangan anak Melayu kita.

Semalam kat masjid sekitar Bdr. Baru Bangi lepas solat tarawih ada forum kemerdekaan. Malam sebelum tu kereta agak berkurangan sikit kat parking kereta tu, tapi semalam agak banyak jugak. Alhamdulillah bertambah balik bilangan jemaah. Bila lepas solat, diminta jemaah mengikuti forum kemerdekaan di bangunan yang berasingan. Saya terfikir... patutlah malam ni agak ramai banding semalam, muslimin pula siap pakai baju melayu bersampin. Rupa-rupanya ada majlis. Hai kita ni nak imarahkan masjid sebab nak sambut merdekakah atau sebab nak hidupkan Ramadhan? Nampak gayanya belum sampai lagi ke 10 malam yang kedua Ramadhan, dah ada yang agak tercicir di pertengahan jalan. Masa awal-awal Ramadhan, bukan main semangat kita, penuh saf sampai tak muat, hari ni saf dah tinggal separuh, dah ramai yang kecundang sebelum sampai ke garis penamat. beruntunglah orang-orang yang ALLAH pilih yang berjaya menamatkan perlumbaannya dengan selamatnya. Berlumba-lumba kita buat amal ketaatan di bulan yang penuh rahmat dan barokah ini.

Merdekakan diri kita dari memperturut hawa nafsu yang melalaikan, Merdekakan diri kita dari budaya yang merosakkan, Merdekakan diri kita dari fikiran materialistik dan keduniaan, Merdekakan diri kita dengan iman yang benar! Renung-renunglah diri...MERDEKAKAH KITA?

~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan