Rabu, Julai 18, 2018
BERSEGERALAH MENUJU ALLAH
Bila dahinya rela sujud menyembah Allah
Solat 5 waktu seperti yang diperintahkan-NYA.
Jika ini tiada pada diri,
Sesungguhnya rugilah hidup di dunia
Kelak akan bersama iblis dan kuncu-kuncunya
syaitan laknatullah menghuni neraka.
Mari kita bersegera perbaiki diri,
Persiapkan dengan bekalan sebelum tiba mati..
Masa muda dan sihatlah peluang terbaik meraih sebanyak mana pahala..
Bila dah tua dah tak larat menambah amal,
Penyakit jadi penghalang,
Tubuh makin melemah..
SEMBAHYANGLAH SEBELUM ENGKAU DISEMBAHYANGKAN..
Sabtu, Januari 20, 2018
UKURAN KEJAYAAN INSAN
APAKAH UKURAN KEJAYAAN?
Adakah dikira berjaya bila berjaya straight A dalam semua subjek?
Berjaya masuk Universiti? Berkerjaya? Gaji lumayan? Ada pangkat?Ada keluarga yang bahagia? Maju dalam bisness? Ramai kawan dan peminat? Miliki rumah besar dan kereta mewah?
Itu kejayaan yang sia-sia bila tidak di paksikan pada ALLAH. Jika kemewahan hidup tidak menambah taat.. amat malanglah nasib mu.. anda berada di jurang kemusnahan.
Kejayaan berpaksikan ALLAH... bila kita berjaya melawan nafsu dan syaitan dan berubudiyah hanya semata kepada ALLAH.
Itulah ERTI KEJAYAAN YANG SEBENAR. Kejayaan kita menjadi HAMBA ALLAH seperti yang ALLAH kehendaki menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah.
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~
Sabtu, September 16, 2017
SAJAK: BERHATI-HATI DI JALANRAYA
Di Malaysia..
Musim raya musim orang racing kat jalan raya,
Musim orang bawa kereta tak tentu arah,
Musim orang banyak mati dilanyak kereta,
Musim highway nak makan darah,
So.. berhati-hatilah di jalanraya..
Kepada yang pandu kereta, lori, bas dan treler,
Juga yang tunggang motosikal dan basikal,
Tidak lupa juga si pejalan kaki...
INGAT.. MEREKA NI TAK KENAL MANGSA,
Berhati-hati..
Jangan kita jadi mangsa,
DAN...
Jangan orang lain jadi mangsa kita..
BERHATI-HATILAH JALANRAYA
KALAU NAK HIDUP LEBIH LAMA.
Ingatlah keluarga tercinta,
Ingatlah amal belum cukup dibawa ke sana.
Pastikan doa sebelum memula langkah,
Pandulah kereta dengan berhemah,
Moga ALLAH mudahkan segalanya.
........
Catatan pada: 30/8/2011
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~
Selasa, September 05, 2017
MUSAFIR HATI MENUJU TUHAN
Renungkan ibrah di setiap perjalanan,
Carilah kekuatan pada kalam Ar-Rahman,
Semaklah mutiara para ilmuan,
Ziarahilah sang penghapus kelazatan,
Doa dan taubat sentiasa iringi perjalanan.
Nescaya...
Iman yang pudar kan kembali bersinar,
Hati yang sakit pasti kan bangkit,
Nafsu dan syaitan akan kewalahan,
Tiada lagi ruang untuknya menyesatkan..
-----
Alhamdulillah.. Musafirku tidak sia-sia,
Kita merancang, Allahlah sebaik-baik perancang..
ALHAMDULILLAH WA LILLAAHILHAMD.
Kosakata:
1. Ibrah -Pengajaran
2. Kewalahan - kepenatan
3.Sang peghapus kelazatan - kubur
4. Ar-Rahman : Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~
Rabu, Ogos 30, 2017
SALAM MERDEKA RAYA 2017
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~
Isnin, Ogos 29, 2011
KEAJAIBAN BERSEDEKAH

Bersedekahlah sebelum terlambat..
Beberapa pengalaman berharga yg ingin saya kongsikan dgn semua rakan dan kenalan di dalam blog ni..Dalam sebulan ni (sepanjang Ramadhan) saya menjadi ejen pemungut derma untuk pembinaan Madrasah Tahfiz di Selatan Filipina.. Mereka perlukan dlm RM3000 utk buat madrasah yg dbina dari papan di sana.. Mereka berhajat agar dpt disiapkn pd bulan Ramadhan ni dan nak mulakan kelas pd bln tu jugak.. Saya ni berkira2 bagaimana dlm seminggu dua ni nak kumpul duit sebanyak tu.. Dlm fikiran tu..macam tak blh nak capai..Tapi apapun kita doa pd ALLAH moga ALLAH datangkan bantuanNya, sebab kita yakin ALLAH akan bantu kerja mulia ini.. ALHAMDULILLAH.. apa yg di hajati ALLAH perkenankan.. derma dari rakan dan kenalan dari HALUAN, DARUSYIFA, saudara mara, muslimin dan muslimat sekitar Bdr. Baru Bangi dan Putrajaya, pelajar2 UKM, UPM, KUIS telah dapat membantu menyiapkan madrasah itu di penghujung Ramadhan ini malah mereka telah mulai kelas pd minggu ke2 Ramadhan walaupun tidak siap sepenuhnya..Nak ambil keberkatan di bulan yg mulia.. insyaALLAH. Selain itu lebihan derma itu dapat jugak digunakan untuk membaiki masjid di sana.
SERONOK MEMBERI WALAUPUN SEDIKIT..
Bila kita nak ajak orang untuk infak, maka orang yg mengajak itu yg kena mulakan dulu.. maka dgn sedikit rezeki yg ada cuba kita kongsikan, cuba merasai merasai ajakan ALLAH itu berinfak.. Mulanya agak sulit sebab benda yg kita beri tu adalah benda yg kita perlu sebab banyak lagi hajat2 dan keperluan2 peribadi kita yg tak tertunaikan.. Tapi ALHAMDULILLAH bila dipaksakan diri dan dibiasakan ia menjadi satu kebahagiaan dpt membantu org lain dan menjadi keseronokan walaupun nilai sumbangan itu tidaklah banyak mana.. Rasa seronok memberi walaupun sedikit..

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat TuhanMU yang manakah yang kamu dustakan?
(Surah Ar-Rahman 55:13)
YA ALLAH terlalu banyak nikmat yg ENGKAU berikan pada hambamu ini. Bantulah hamba untuk mentaatimu, memperbaiki ibadahku kepadaMU, mensyukuri segala nikmatMU, dan redha dgn qada dan qhadarMU .. Amiien..

ALLAH akan beri pahala berganda2 bila bersedekah.
AYUH! MARI KITA BERSEDEKAH IKHLAS KERANA ALLAH
agar kita layak mendapat rahmat, kasih sayang dan syurga ALLAH..
PENGHARGAAN..
Saya ingin merakamkan setinggi2 penghargaan kepada penderma2 yang tidak dapat saya sebutkan namanya di sini satu persatu terutama sahabat2 dari HALUAN dan HALUANSISWA, KUIS,UPM dan UKM; pesakit, rakan dan kenalan di DARUSYIFA dan jemaah masjid di UKM dan Masjid Putrajaya. Juga kpd shbt2 serumah dan ahli keluarga yg terlibat secara lansung ataupun tidak di mana sahaja berada. Jazakumullahu Khairan Katsira atas sumbangan dan sokongan anda.. Moga ALLAH memberkatinya dan menjadi saham yang bernilai bagi kita nanti di akhirat kelak..Amiieen.. SELAMAT HARI RAYA UNTUK ANDA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. DAN BERHATI2 DI JALAN RAYA.

Selasa, Ogos 16, 2011
17 Ramadhan.. Hari Turunnya AL-Qur'an
Bacalah Al-Qur’an kerana ALLAH
Bukan baca kerana terpaksa
Jagalah adab-adabnya
Bukan baca sambil lewa
Tak faham… entah apa yang ALLAH kata.
Ambillah sedikit masa
Bacalah ayat-ayatNYA
Kalau novel…
Dibacanya dari kulit ke kulit sampai ke "happy ending"nya
Kalau surat khabar…
Di belek-beleknya dari muka ke muka sampai lunyai jadinya
Kalau depan TV…
Terbuai jiwanya dari satu drama ke satu drama
Berlagu riang hatinya dari satu irama ke satu irama….
Inikan pula kitab ALLAH
Yang Allah janjikan syurga untuk hamba-hambaNYA
Yang Rasulullah kata
Andai 1 huruf dibaca…1 hingga 10 pahalanya
Bayangkanlah ….
114 surah ada 6666 ayat
Ada lebih 77 000 kalimah
Ini belum lagi dikira jumlah huruf-hurufnya
Berapa agaknya pahalanya kalau kita khatam semuanya?
Tak terkira kita!
Tak terkeluar dalam kalkulator biasa nombor-nombornya.
Tak terujakah kita?
Tak tergugahkah kita?
Tak terhiburkah kita?
Tak teringinkah kita?
Tak terbuaikah kita?
Tak merindukah kita?
Tak termotivasikah kita?
Berlumba-lumbalah kumpul pahala
Moga dapat mahligai di syurga
Berlomba-lombalah jauhi lalai dan dosa
Moga tidak jadi …
Bahan bakar api neraka.
Bacalah Kalamullah…
Walau sesibuk mana
Kalau sehari tak mampu semuka
Satu ayatpun tak apa
Yang penting…
Berterusanlah sampai remaja
Berterusannya sampai dewasa
Berterusanlah sampai ke tua
Berterusanlah sampai……..?
Tak ada masa juga?
Seminggu satu ayat macamana?
Tak boleh juga??
Entahlah… Tak tau saya nak kata apa
Jawablah depan ALLAH!
Bacalah! Fahamilah! Yakinilah! Hayatilah! Amalkanlah!
Bukan sekadar dilagu-lagukan jadi halwa telinga
Dikagumi kemerduan gemersik alunannya
Tapi… tak mampu meningkat taqwa
Tak mampu melonjak kerja
Bukan sekadar diukir-ukir jadi hiasan
Diagung-agungkan kehalusan seninya
Tapi… tak mampu menghiasi jiwa
Tak mampu merubah sahsiah.
Contohilah sahabat generasi awal
Dijuluki Generasi Al-Qur’an yang unik
Diibaratkan Al-Qur’an yang berjalan
Apa rahsianya?
Ayat-ayat ALLAH…
Diterima ayat-demi ayat
Terus hafal, fahami, resapi dalam hati
Jadi sahsiah diri
Jadi perlembagaan negeri
Jadi peraturan dan motivasi diri.
Al-Qur’an merubah jiwa mereka
Dari jahiliah menuju taqwa
Al-Qur’an merubah visi hidup mereka
Dari hamba jadi perwira
Al-Qur’an melonjakkan potensi mereka
Hingga …Boleh kuasai 2/3 dunia.
Hebatkan mereka?
Berbeza sungguh dengan kita di zaman ini
Dilekatnya di dinding-dinding dijadikan hiasan
Dilantun-lantunkan supaya cepat-cepat khatam
Dialun-alunkan untuk dipertanding-tandingkan
Disimpannya dalam rak sampai berdebu tak ketemu.
Ada pula tu…
Masa takut jin dan syaitan
Barulah terkial-kial cari dimana diletaknya Al-Qur’an?
Entahkan ada entahkan tidak
Barulah terkumat-kamit mulutnya
Dengan Ayatul Qursi-nya (2:255)
Dengan Wattabau’-nya (2:102)
Dengan Afahasibtum-nya (23:115-118)
Ataupun dengan Yasin-nya.
Yang lebih menakjubkan…
Al-Baqarah dikhatamnya hanya semalaman!
Entahkan betul entahkan tidak
Entahkan faham entahkan tidak.
Manakan syaitan nak lari
Manakan ALLAH nak tolong
Kalau tak ada kekhusyukan!
Tak ada penghayatan!
Tak ada pengharapan!
Tak ada keikhlasan!
Itulah sikap-sikap kita!
Itulah perlecehan-lerlecehan kita!
Malah tanpa kita sedari
Itulah penghinaan-penghinaan kita!
Kita ibarat…
Hanya mengejar nikmat setitis air
Berbanding nikmatnya seluas lautan.
Akhirnya…
Kita terhina dan terjajah
Kita hilang kekuatan dan kehebatan
Kita diperkotak-katikkan dan diperlekeh-lekehkan
Kita ibarat buih di lautan
Tiada kualiti tiada kekuatan
Kita ramai…
Hampir kuasai 1/4 populasi dunia
Tapi..tidak digeruni, apatah lagi disanjungi
Malah…
Di bantai pula sesuka hati
Dikeronyok! Diterajang habis-habisan!
Dibaham rakus !
Oleh anjing-anjing zionis yahudi laknatullah
Yang dahagakan darah kita!
Malangnya kita tak boleh buat apa-apa
Kita tak rasa masalah umat masalah kita
Tak rasa masalah Palestin masalah kita
Tak rasa masalah Iraq masalah kita
Tak rasa masalah Afghanistan masalah kita
Tak rasa masalah dunia Islam masalah kita.
Cukupkah sahaja kita bincang-bincangkan?
Kita seminar-seminarkan?
Kita forum-forumkan?
Kita slogan-slogankan?
Tanpa buat apa-apa?
Jadi OIC sajalah kita!
Wahai saudaraku seagama…
Hayunkan langkah bina kekuatan
Binalah iman,
Kuasailah ilmu,
Perbaikilah akhlak
Itulah tunjang kekuatan
Kuat kita kuatlah Islam.
Kembalilah kepada Al-Qur’an
Hidupkan sunnah dalam kehidupan
Kembalilah kepada Islam
Jadikan ALLAH hanya tujuan.
Agar nanti... bisa kita pimpin dunia
Berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah
Bertunjangkan hukum dan syariat ALLAH
Agar kelak… bisa kita warisi jannah!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah yang bermaksud:
'Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,...'
'Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah; (2), melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada ALLAH (3).'
'....Barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan ALLAH, maka mereka itulah orang-orang kafir.'
Isnin, Ogos 15, 2011
TALIAN HAYAT PELARIAN SOMALIA, JADILAH INSAN YANG PRIHATIN
Setiap sen yg kita sumbangkan amat berharga bagi mereka.. Renungkan VIDEO INI SANGAT MENGINSAFKAN. Bagaimana keadaannya kita bila berada di tempat mereka sanggupkah kita?.. Mereka mati kerana tidak ada makanan, kita pula orang Malaysia mati sebab terlebih makan.. Boleh jadi nasi basi yang kita buang menjadi rebutan bagi mereka di SOMALIA sana.. Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada kita.. Kongsikan sedikit nikmat yang kita ada ini dengan mereka yang lebih memerlukan tidak kira di pelosok bumi mana mereka berada.. Mereka tetap saudara kita selagi mereka mengucap shahadah..
Sila layari web yang berikut.. Tayangan VIDEO PENDERITAAN RAKYAT SOMALIA yang amat menghayat hati dan menginsafkan.. Kita amat bersyukur kerana ALLAH tidak timpakan ujian sebegitu rupa kepada kita, tak ada makanan, takada tempat tinggal, jadi pelarian di tanah yang kering kontang, macam tidak ada kehidupan.. Tapi ALHAMDULILLAH.. walaupun mereka hidup serba kekurangan, dari segi berpakaian tetap dijaga.. Tidak kita nampak pada wanita-wanita itu berpakaian seksi atau mendedahkan aurat secara berlebihan.. Berbeza dengan orang ISLAM yang lain, yang hidup serba mewahdan cukup, pakai baju macam tak cukup kain. Tidak merasai apa yang dia miliki semuanya pemberian ALLAH..
MENDERMALAH UNTUK SOMALIA.. INFAK..INFAK..INFAK..
Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:261
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١
'Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. '
SALURKAN DERMA ANDA KEPADA:
Tabung Bantuan Kecemasan dan Bencana:
BANK ISLAM 14-023-01-002571-8 (HALUAN),
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Dr. Hj. Baharuddin Suri
Emel: drbbsjb@gmail.com
www.haluan.org.my,
emel: somalia@haluan.org.my
Hotline:+60197559169
SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA DAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA KITA. AMIIN
~CINTA ALLAH CINTA RASUL~
Sabtu, Mac 26, 2011
BEKALAN MUKMIN SEPANJANG TAHUN: PUASA SUNAT

- Puasa sunat Bulan Muharram pada hari Asyura (10 Muharram)
- Puasa bulan Rejab
- Puasa bulan Sya'ban i5 hari yg pertama
- Puasa enam hari di bulan Syawal kecuali pada 1 Syawal
- Puasa Bulan Zulhijjah pada hari Arafah (9 Zulhijjah) - ini digalakkan kepada mereka yg tak tunaikan ibadah haji
- Puasa Isnin dan Khamis
- Puasa setiap bulan, pada permulaan, pertengahan (13,14&15 haribulan) dan akhir bulan hijrah
- 1 Syawal (Hari raya Aidil Fitri)
- 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha)
- Hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
- Hari Syak (30 Sya'ban
- Puasa hari Arafah bagi orang-orang yg berwukuf
- Puasa hari jumaat tanpa diiringi pada hari sebelum atau sesudahnya
- Puasa hari Sabtu
- Puasa akhir bulan Sya'ban (Ha..masa ni baru terkejar-kejar qhada puasa)
- Puasa setahun tanpa berbuka (ini memudharatkan diri, biarlah bersederhana)
Isnin, Oktober 11, 2010
30 MEMO BUAT PARA AKTIVIS DAKWAH


Pesanan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni untuk para aktivis dakwah:
- Ikhlas dalam berdakwah
- Mendefinisikan tujuan
- Mengoleksi sifat para mujahid
- Mencari ilmu yang bermanfaat
- Tidak memiliki pola hidupserba sempurna (idealis)
- Tidak berputus asa dari rahmat ALLAH SWT
- Tidak menyebut nama bila menghujat individu
- Seorang da'i tidak boleh mentakziah (merekomendasikan) diri sendiri di hadapan orang
- Tidak mengeluhkan merajalelanya kerusakan dan para perusak
- Tidak menambah-nambah apa yang sudah termuat di dalam kitabullah
- Tidak beragumantasi dengan hadis-hadis maudhu (palsu)
- Tidak boleh mencemarkan nama baik suatu instansi, lembaga, organisasi dan kelompok
- Seorang da'i harus mengukur sesuatu sesuai dengan proporsinya
- Bersifat lemah-lembut di dalam bicara dan belas kasih dalam menasihati
- Berinteraksi dengan manusia secara baik dan menghargai kedudukan mereka
- Mempublikasikan dakwah untuk suatu maslahat
- Konsern terhadap diskursus-diskursus kontemporer dan wacana yang berkembang
- Mengkondisikan pembicaraan sesuai tingkat pemahaman umat
- Tidak membeberkan aib seseorang di hadapan orang lain
- Menjadi qudwah mulai dari dirinya sendiri
- Wala' dan Bara' seorang da'i terhadap seseorang harus bersifat nisby (relatif)
- Mengambil simpati manusia
- Perlunya berdakwah secara bertahap
- Seorang da'i harus familiar
- Memposisikan orang sesuai dengan posisinya
- Mengintropeksi diri sembari berdoa secara sungguh-sungguh kepada ALLAH SWT
- Ibadah seorang da'i harus lebih extra
- Berzuhud di dunia dan mempersiapkan bekal buat kematian
- Berpenampilan menarik
- Interes terhadap permasalahan wanita
Jumaat, April 16, 2010
WASIAT UNTUK KAUM MUDA
Sesungguhnya sebuah pemikiran cemerlang itu akan berhasil diwujudkan sepanjang keyakinan kita teguh kepada-NYA, ikhlas dalam berjuang di jalan-NYA, penuh himmah dan siap berkorban untuk merealisasikannya. Dalam berjuang di jalan ALLAH, diperlukan empat syarat utama sebagai faktor penunjang, iaitu IMAN, IKHLAS, TEKAD YANG KUAT DAN STRATEGI YANG MATANG.
IMAN menjadi syarat mutlak. Ketinggian iman melahirkan hati yang jernih. Pilar-pilar keimanan terletak pada KEIKHLASAN hati seorang muslim yang mukhlis. Dasar keimanan itu sendiri adalah cerminan nurani yang bercahaya, sedangkan dasar keikhlasan itu terletak pada kuatnya tekad dan hati yang bertaqwa.
HIMMAH atau tekad yang kuat jika didukung dengan PELAKSANAAN YANG BAIK, dapat mewujudkan cita-cita yang luhur. Himmah tersebut asasnya terletak pada semangat yang menggelora. Semua syarat tersebut sangat mungkin dijalankan oleh para pemuda. Sejak dulu hingga kini, peranan pemuda berada pada posisi yang terpenting. Di pundak merekalah segala tumpuan perjuangan umat ini dilimpahkan. Mereka adalah generasi yang akan mengibarkan dan meninggikan panji-panji perjuangan serta membangkitkan semangat yang menyala-nyala. Yang demikian itu merupakan nilai dan kelebihan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapapun, kecuali oleh kaum muda. Sepanjang perjalanan sejarah, pemuda dikenal sebagai pilar kebangkitan
Peranan pemuda berada pada sendi-sendi kekuatan, kebangkitan dan pemikiran (fikrah). Dalam dunia fikrah, pemuda berperanan sebagai pengibar panji-panjiNYA. ALLAH berfirman yang bermaksud:
dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk."
(Surah Al-Kahfi, 18:13)
Bila keempat syarat tersebut dimiliki oleh generasi islam, diharapkan amanah suci yang dilimpahkan kepada mereka dapat dilaksanakan dengan baik. Islam telah mengembankan misi suci ini kepada mereka maka sebaiknya mereka tidak menyia-nyiakan ksempatan emas ini. Kalau hal bodoh itu dilakukan, bererti mereka terjatuh ke jurang penkhianatan. Tidak sepantasnya seorang pemuda muslim berlaku demikian.
Wahai para pemuda, sesungguhnya kewajipan kalian begitu banyak. Tanggungjawab kalianpun sangat besar. Di hadapan kalian terbentang berbagai problematika krusial umat yang begitu peliknya. Kewajipan kalian adalah menunaikan dan menyelasaikannya dengan sebaik-baiknya.
Dipetik dari:
Hassan Al-Banna. 2002. Figur Pemuda Islam. Cahaya Press, Jakarta
Selasa, April 13, 2010
KATA-KATA ITU
Tersusun kemas dan teratur
Bicara jiwanya
Tentang iman, islam, dakwah dan jihad
Kata-kata itu
Membasuh jiwa resah seorang aku
Yang tersungkur di kaki kealpaan
Meneruskan jalan tarbiyyah yang panjang
Dihiasi mehnah dan perjuangan
Kata-kata itu
Penyegar jiwa yang layu
Teman di perjalanan yang jauh
Penyelamat dalam perjalanan
Hujah di hari kemudian
Kata-kata itu
Di penghujungnya ada sendu
Di akhirnya ada anjuran
Serulah dirimu
Serulah umat ini
Kepangkuan Rabb..
Nukilan: Nina Susana, Pengkalan Balak, Melaka
Ahad, April 11, 2010
Rabu, Januari 06, 2010
MENJADI UMAT SUPER

Kesan Ibadah Dalam kehidupan Seorang Muslim
- Syahadah melahirkan umat yang mempunyai misi
- Ibadah melahirkan pengurus masa yang baik
- Ibadah melahirkan insan yang efisien dan efektif
- Ibadah melonjakkan akal dan ilmu
- Ibadah melahirkan tokoh yang terang hatinya
- Ibadah meransang pengukuhan ekonomi
- Ibadah melonjakkan ISO kualiti
- Ibadah melahirkan umat yang sihat
- Ibadah melahirkan umat yang tahu keutamaan
- Ibadah mendekatkan diri kepada ALLAH
- Ibadah melahirkan pemimpin-pemimpin masyarakat
- Ibadah melonjakkan globalisasi aqidah dan taqwa
Khamis, November 19, 2009
HARAPAN SI PERMATA CEMERLANG
Akulan buah cinta ayahku
Akulah permata kebanggaan ibu ayahku
Akulah permata harapan sekolahku.
Aku ingin jadi permata cemerlang penyejuk hati ayah ibuku
Aku ingin jadi permata cemerlang kebanggaan sekolahku
Aku bukan sahaja ingin jadi permata cemerlang di dunia
Aku juga ingin jadi permata cemerlang di akhirat
Lebih-lebih lagi…
Aku ingin jadi permata cemerlang di sisi ALLAH.
Kerna ku tahu...
Aku bukan sahaja permata harapan ayah ibuku
Aku bukan sahaja permata harapan sekolahku
Tetapi yang lebih penting bagiku
Aku juga permata harapan ummat
Aku juga permata harapan agama
Aku juga permata harapan bangsa dan negara
Apatah lagi akulah permata harapan ALLAH
Akulah hamba !
Akulah khalifah!
Aku bukan sahaja ingin hebat seperti
Albert Einstein dengan kisah atomnya
Isaac Newton dengan penemuan gravitinya
Leonardo da Vinci dengan karya Monalisanya
Thomas Edison dengan lampu mentolnya
Colonel Sanders dengan resepi KFCnya
JK Rowling dengan Harry Potternya
Bill Gates dengan Microsoftnya
Atau seperti …
Dr. Mahathir dengan Putrajayanya
Pak Lah dengan Islam Hadharinya
Ataupun Najib dengan One Malaysianya.
Tetapi…
Aku ingin lebih hebat lagi seperti
Rasulullah saw manusia pilihan ALLAH
Umar Al-Khattab pemimpin tegas berhati mulia
Imam Bukhari yang soleh dan tawadhuk
Salahuddin Al-Ayubi si penakluk Baitul Maqdis
Sultan Muhammad Al-Fatih si Penakluk Kota Konstantinopel
Ataupun seperti…
Imam Asy-Syafi’I yang bijak dan hebat hafazannya
Al-Khawarizmi dengan Al-Jebranya
Al-Banna dengan dakwah dan tarbiyahnya
Al-Qaradhawi dengan keluasan ilmunya.
Wahai ayah ibuku tercinta
Didiklah kami jadi permata cemerlang
Wahai guru-guru kami yang mencurah jasa tak kira masa
Bimbinglah kami jadi permata cemerlang
Wahai saudara seiman kami
Bantulah kami jadi permata cemerlang
Bukan sahaja cemerlang di sekolah
Bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya
Bukan sahaja cemerlang di dunia
Lebih-lebih lagi …
Kami ingin cemerlang di akhirat
Kami ingin cemerlang di sisi ALLAH
Agar kelak…
Bisa kami warisi jannah!
Kami bukan sahaja ingin jadi putera-puteri dunia
Kami juga ingin jadi putera-puteri akhirat…
Sajak dedikasi untuk anak-anak didikku
Di Transit Permata Cemerlang.
Selamat bercuti.. Taatlah Allah di mana sahaja anda berada.
Isnin, November 09, 2009
12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN
- TAWADHUK
- MURAH HATI
- MENDIRIKAN SOLAT MALAM
- TAKUT NERAKA
- SEDERHANA DALAM MEMBELANJAKAN HARTA
- BERTAUHID
- MENJAUHI MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI KEHIDUPAN
- MENJAUHI ZINA
- TAUBAT NASUHA
- TIDAK BERSUMPAH PALSU DAN MENINGGALKAN PERBUATAN YANG TIDAK BERMANFAAT
- MENYELAMI AYAT-AYAT ALLAH
- MEMOHON KEBAIKAN ISTERI DAN KELUARGA
Khamis, November 05, 2009
Pelajar Muslim Contoh
- Membetulkan niatnya belajar kerana ALLAH
- Membetulkan pandangannya kepada pelajaran
- Pandai memilih kawan
- Pandai memilih majalah-majalah untuk merehatkan fikiran
- Memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran
- Semua urusan teratur rapi
- Menyusun masa dengan baik
- Membiasakan diri dengan kebersihan
- Mengutamakan menerima pelajaran terus daripada guru
- Tahu bahawa kebanyakan pelajaran ada hubungan diantara satu sama lain
- Membuat ringkasan bagi setiap topik dan isi pokok yang dipelajari
- Berusaha supaya dapat menguasai pelajaran dan memdapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mengatasi pelajar lain
- Mencungkil bakatnya dalam bidang yang boleh memberi manfaat untuk Islam
- Sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan
- Bagi pelajar muslimah, menjaga sifat kewanitaan dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam
Selasa, Oktober 13, 2009
CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH

Rabu, Oktober 07, 2009
KAUM MUDA DAN KEWAJIPANNYA

Kaum Muda dan Kewjipannya
- Iman yang teguh dan tak tergoyahkan
- Keikhlasan yang benar, bukan kepura-puraan dan riak
- Kemahuan yang kuat, tak kenal takut dan gentar
- Kerja keras dan tak kenal lelah
- Berkorban demi mencapai kemenangan atau mati syahid
Ahad, Oktober 04, 2009
SELAMAT DATANG GRADUAN TAQWA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
RAIHKAN KEMENANGAN DENGAN
KETAATAN DAN KESYUKURAN..





